Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tahap Penglibatan Ibu Bapa...

BENTONG - Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah seluruh negara masih belum...

4 Sekeluarga Selamat, Kenderaan...

KUCHING - Berpantang ajal sebelum maut. Itu dialami empat sekeluarga apabila kenderaan pacuan...

4 Taman Tema ‘Best’...

TIPULAH siapa yang kata dia tak suka bersantai kat taman tema. Boleh dikatakan...

Kempen Merdeka Giant Tawar...

KUALA LUMPUR - Rangkaian hypermarket keluarga terkemuka, Giant, hari ini melancarkan kempen “Tawaran Hari...

Pontianak Dan Pekanbaru Masih Catat IPU Berbahaya

JAKARTA – Pontianak di wiayah Kalimantan Barat dan Pekanbaru di Riau, Sumatera masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap berbahaya, dengan beberapa kawasan kini diselimuti jerebu tebal.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Pontianak mencatat bacaan IPU sehingga 900 petang Ahad, manakala Pekanbaru pula antara 450 dan 500 selepas mencatat 600 pada paginya.

Bacaan IPU di Palembang, Sumatera Selatan juga menunjukkan ketidakstabilan apabila mencecah 600 pada sebelah pagi sebelum menurun kepada tahap sangat tidak sihat antara 250 dan 300 pada pukul 3 petang Ahad.

Akhbar tempatan The Tribunenews melaporkan sembilan penerbangan komersial di Lapangan Terbang Tjilik Riwut Palangkaraya, Kalimantan Tengah dibatalkan pada Sabtu ekoran jarak ketampakan hanya setakat 50 meter.

Presiden Joko Widodo yang membuat tinjauan di kawasan kebakaran hutan di Kalimantan telah mengeluarkan arahan pembatalan permit perusahaan terhadap beberapa syarikat didapati terbabit pembakaran terbuka itu.

Menurut beliau lagi, hanya ada satu kaedah sahaja untuk mengawal kebakaran hutan di Indonesia yang mengakibatkan jerebu teruk itu iaitu langsung mengharamkan aktiviti pembakaran secara terbuka.

Baca: Bacaan IPU Di Pontianak Cecah Lebih 1,000

Sementara itu, Persatuan Pelabur Perkebunan Malaysia di Indonesia (APIMI) menyokong saranan Presiden Republik Indonesia kerana perbuatan pembakaran ladang adalah menyalahi peraturan operasi ladang.


Ketua Perwakilan APIMI, Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata, mereka memberi jaminan tiada satu pun syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia terbabit dengan aktiviti pembakaran ladang dan hutan di negara ini.

Katanya, kawasan hutan di Sumatera masih mengeluarkan lagi asap tebal walaupun apinya telah berjaya dipadamkan kerana ia adalah jenis tanah gambut.

Beliau berkata, kebakaran tanah gambut berlaku sehingga beberapa meter di dalam tanah dan disebabkan itu asap tebal masih keluar dari tanah menyebabkan berlakunya jerebu sehingga merebak ke Malaysia dan Singapura.

Jerebu semakin memburuk di Singapura dan Malaysia serta menjejaskan aktiviti harian di dua negara itu sehingga kerajaan masing-masing terpaksa menutup sesi persekolahan di kawasan yang terjejas teruk. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori