Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPR Kaji Buat Persempadanan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mengkaji sama ada persempadanan semula kawasan...

Agong, Permaisuri Santai Nikmati...

SHAH ALAM - Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

Kamera Nipis Seperti Kertas...

10 tahun lalu, kamera analog merupakan kamera utama menerajui teknologi di dalam pengambilan...

Muhyiddin Dilantik Perdana Menteri...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan...

PPDNKK Pahang Rampas DVD Cetak Rompak

KUANTAN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang merampas 6,075 DVD cetak rompak dan pakaian berjenama tiruan, masing-masing bernilai RM30,000 dan RM4,405 dalam beberapa serbuan di sekitar bandar ini, semalam.

Serbuan dilakukan di enam premis menjual DVD cetak rompak di sebuah pusat membeli belah serta tapak penjaja yang menjual pakaian berjenama tiruan di kawasan sekitar Teluk Cempedak dekat sini.

Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata, serbuan dilakukan setelah menerima aduan wakil pemilik cap dagangan yang mendakwa terdapat peniaga dikesan menjual produk tiruan secara terbuka walaupun ada antara mereka pernah dikenakan tindakan.

“Semua barangan yang dirampas terutama pakaian berjenama yang disyaki tiruan itu akan diserahkan kepada wakil pemilik cap dagangan bagi tujuan pengesahan sama ada ia tulen atau palsu.

“Kita juga telah mengambil keterangan daripada pekerja premis video dan lima peniaga di tapak penjaja Teluk Cempedak untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata, PPDNKK sentiasa memandang serius aktiviti cetak rompak di negeri ini dan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk membanteras kegiatan itu.

“Kita tidak pernah berhenti atau menutup mata terhadap aktiviti itu sebaliknya tindakan pemantauan sentiasa dilakukan. Peniaga juga telah diminta supaya tidak menjual produk tiruan kerana tindakan mereka itu hanya akan menyusahkan diri sendiri jika tertangkap,” katanya.

Menurut Sharuddin, bagi penjualan DVD cetak rompak, individu terlibat boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap unit atau penjara tidak lebih tiga tahun manakala bagi perbadanan, dendanya tidak lebih RM15,000 seperti diperuntukan mengikut Peraturan 4(4)(a) Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik 2010).

“Bagi peniaga yang menjual barangan tiruan pula, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori