Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warkah Christoph Mueller Kepada...

HARI ini saya ingin mengumumkan keputusan ikhlas yang saya ambil untuk meninggalkan Malaysian...

15 Lagi Kes Jangkitan...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan 15 lagi kes jangkitan tempatan virus...

Gempa 4.1 Skala Ritcher...

JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 4.1 pada Skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa...

Kanak-Kanak Orang Asli Dikhuatiri...

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas selepas tergelincir semasa memancing...

Program LGBT Di Universiti Petronas Sah ‘Haram’

KECOH netizen tempatan apabila Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Petronas (UTP) dilaporkan mahu menganjurkan program Kempen Moral LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) pada Khamis ini.

Acara yang dijadualkan berlangsung di dewan utama kampus UTP di Seri Iskandar, Tronoh, Perak itu mendapat kecaman ramai pengguna media sosial kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia.

Malah lebih memalukan, program pelajar tersebut diadakan pada waktu Maghrib apabila kebanyakan masjid dan surau pula sibuk menganjurkan majis rutin bacaan tahlil dan surah yasin sempena keberkatan malam Jumaat.

Namun, pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Akademik (HEPA) UTP dalam kenyataan ringkas menegaskan, program itu tidak pernah pun mendapat kelulusan rasmi daripada pejabat tersebut selama ini.

IMG-20150929-WA0000

Sebaliknya hasil siasatan pejabat berkenaan mendapati, kempen berbaur kontroversi tersebut hanya merupakan inisiatif daripada segelintir pelajar UTP yang mengikuti kelas pengajian moral mengenai isu gender dan LGBT.


Niat mereka itu mungkin cuma mahu mendapatkan respons atau maklum balas berhubung masalah LGBT tetapi pelajar terbabit didapati memuat naik poster kempen itu menerusi Facebook rasmi MPP UTP tanpa kebenaran.

“Pihak HEPA UTP telah pun mengambil maklum berhubung perkara tersebut dan sedang mengambil tindakan yang sewajarnya,” jelas kenyataan itu lagi sebagai mengulas penyebaran poster berkenaan menerusi media sosial.

Kesimpulannya, usah bimbang kerana kempen ‘moral’ berbaur seks songsang itu tidak akan diadakan dan pihak pentadbiran UTP sama sekali juga tidak membenarkan program sedemikian berlangsung. – Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LGBT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori