Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Izzah Dirujuk Kepada J/kuasa...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan dirujuk kepada...

Downy Malaysia Perjelas Dakwaan...

JENAMA pelembut pakaian, Downy Malaysia menafikan dakwaan bahawa produknya mengandungi unsur babi seperti...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini dengan tanpa...

Trafik Ke Lembah Klang...

KUALA LUMPUR: Trafik perlahan dilaporkan di lebuh raya utama negara susulan pergerakan pulang...

Projek HSR, RTS Akan Diteruskan – MB Johor

NUSAJAYA – Kerajaan akan meneruskan rancangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Sistem Transit Rapid (RTS) kerana ia bakal memberikan manfaat bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada kedua-dua negara pada masa hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata meskipun kedua-dua projek itu belum mendesak, keputusan untuk merealisasikannya adalah bertujuan menyediakan dan menambah baik sistem pengangkutan antara kedua-dua negara bagi kegunaan rakyat bersama.

“Bagi kerajaan Barisan Nasional (BN), kita akan buat kedua-duanya. Perkara itu kini sedang dibincang kerana melibatkan kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

“HSR dijangka siap pada tahun 2025 manakala RTS akan dimulakan dahulu, untuk hubungkan perjalanan rakyat kedua-dua negara. HSR lebih kepada perkhidmatan ke Kuala Lumpur. Kerajaan BN akan pasti merealisasikan kedua-duanya,” kata beliau pada mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga Dewan Negeri Johor yang ke-13 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.


Mohamed Khaled (Permas-BN) berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Boo Cheng Hau (Skudai-DAP) yang mempersoalkan sama ada keperluan kedua-dua projek itu lebih praktikal atau mendesak kerana mahu menarik pelaburan Singapura ke negara ini.

Pada masa ini, kedua-dua kerajaan sedang memuktamadkan jajaran landasan projek RTS dan lokasi terminal bagi kedua-dua negara.

Projek RTS dijangka dapat mengurangkan kesesakan laluan keluar masuk Malaysia Singapura khususnya Tambak Johor dan Gelang Patah-Tuas manakala HSR bakal memendekkan tempoh perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada hanya 90 minit berbanding kereta api biasa iaitu lapan jam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori