Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP...

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan...

Hafreez Pikat Zara Dengan...

KUALA LUMPUR - Lumrah si jejaka menambat hati gadis idaman, bermacam-macam cara digunakan...

Pembinaan Loji JEP TNB...

KUALA LUMPUR – Pembinaan loji tenaga Jimah East Power (JEP) bernilai RM12 bilion...

Kursus Belajar Demo Bukti...

SALAH seorang pemimpin utama Umno ketika ini, Lokman Noor Adam, parti itu sedang...

PRU Singapura 2015 Sengit Bagi Kesemua 89 Kerusi

SINGAPURA – Untuk julung kalinya sejak Singapura mencapai kemerdekaan pada 1965, parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), menghadapi persaingan paling sengit dalam pilihan raya umum (PRU).

Ia apabila menyaksikan kesemua 89 kerusi di 29 kawasan pilihan raya menyaksikan pertandingan pada hari pengundian 11 September ini.

Bahagian pilihan raya republik ini mengandungi 16 Kawasan Perwakilan Kumpulan (GRC) dan 13 Kawasan Anggota Tunggal (SMC).

Lapan parti lain yang bertanding dalam PRU kali ini ialah Parti Pekerja (WP), Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Parti Perpaduan Nasional (NSP), Perikatan Demokratik Singapura (SDA), Parti Perubahan (RP), Singaporeans First (SF) dan Parti Kuasa Rakyat (PPP).

Tiga SMC menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu Radin Mas, Bukit Batok dan MacPherson.

PRU 2015 merupakan edisi PRU pertama republik ini sejak kematian perdana menteri pertamanya, Lee Kuan Yew pada Mac lalu.

Ia juga merupakan PRU ketiga bagi Perdana Menteri dan setiausaha agung PAP sekarang, Lee Hsien Loong.

Calon daripada semua parti mengemukakan kertas pencalonan di sembilan pusat di republik ini apabila proses penamaan calon berakhir pada tengah hari Selasa.

Daripada 89 calonnya, PAP mengemukakan 22 muka baharu – 14 daripada mereka daripada sektor swasta, enam daripada sektor awam dan dua daripada pertubuhan bukan kerajaan.


Ketika berucap kepada para penyokongnya di pusat penamaan calon di Raffles Institution di sini, Hsien Loong yang mempertahankan kerusi Ang Mo Kio GRC, meminta pemilih “mengundi dengan serius” untuk PAP.

“Ia (PRU) melibatkan masa depan anda. Undilah secara serius untuk PAP bagi memastikan kami dapat bekerjasama dengan anda, untuk anda, untuk Singapura,” katanya.

Beliau ditentang calon pembangkang, M. Ravi daripada RP.

Ketua WP, Low Thia Khiang pula memberitahu pemberita: “Kami berharap PRU kali ini akan menjadikan rakyat lebih sedar tentang masa depan mereka dan keputusan yang perlu dibuat untuk diri mereka.”

PRU sebelum ini, yang diadakan pada 2011, menyaksikan pertandingan di 82 daripada keseluruhan 87 kerusi yang dipertandingkan.

PAP menang tanpa bertanding di GRC Tanjong Pagar yang mempunyai lima anggota, dengan diketuai mendiang Lee Kuan Yew. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori