Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Melaka Berhasrat Jadi Hab...

MELAKA berhasrat menjadikan industri ikan laga sebagai satu daripada “signature product” negeri itu,...

Arab Saudi Buka Permohonan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan permohonan visa umrah...

2 Lagi Klinik 1Malaysia...

KOTA KINABALU - Dua lagi Klinik 1Malaysia dibuka, menjadikan keseluruhannya sembilan buah klinik...

600 Penoreh Getah Kedah...

SIK - Seramai 600 penoreh getah di Kedah mendapat manfaat daripada program bantuan...

PRU Singapura: Lebih 1.1 Juta Mengundi Menjelang Tengah Hari

SINGAPURA – Sejumlah 1,153,570 rakyat Singapura telah mengundi menjelang tengah hari dalam pilihan raya umum negara ini, dengan proses pengundian berlangsung dari 8 pagi hingga 8 malam hari ini, menurut Jabatan Pilihan Raya.

Orang ramai beratur seawal 7.30 pagi untuk mengundi di pusat-pusat pengundian yang dibuka tepat 8 pagi.

Sebanyak 2.46 juta rakyat di negara ini layak mengundi sehingga 8 malam ini dalam pilihan raya umum pertama yang menyaksikan setiap kerusi menghadapi pertandingan, sejak mencapai kemerdekaan pada 1965

Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching, mengundi di Sekolah Rendah Alexandra di Tanjong Pagar.


Tanjong Pagar, kubu kuat PAP ketika di bawah pentadbiran pengasas Singapura moden dan bekas perdana menteri Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia pada Mac lepas, kali ini menyaksikan pertandingan.

Sebanyak 4,868 rakyat Singapura yang berada di luar negara turut layak untuk mengundi. Mereka perlu menunaikan tanggungjawab mengundi sehingga Khamis, 10 Sept. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori