Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Menyamar Muslim, Pengemis Raih...

SIAPA sangka, dalam masa sebulan seorang pengemis wanita mampu memperoleh pendapatan lumayan mencecah sehingga...

Kenapa Datuk Yusof Haslam...

SIAPA sangka pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam sebenarnya tidak berkenan dengan filem arahan...

Polis Buru Kumpulan Samun...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dilaporkan aktif melakukan kegiatan...

Juruteknik Pergigian Ditemui Mati...

PORT DICKSON - Seorang juruteknik pergigian di Klinik Kesihatan Port Dickson ditemukan maut...

Ragbi Piala Agong: Hujan Rahmat Bagi Sabah

KUALA LUMPUR – Hujan membawa rahmat bagi juara bertahan Sabah mencipta kemenangan 16-15 ke atas Terengganu pada aksi separuh akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, dekat sini, hari ini.

Sabah yang ketinggalan 3-15 pada separuh masa pertama bangkit mempamerkan aksi cemerlang pada separuh masa kedua, selepas perlawanan dihentikan selama 30 minit akibat hujan lebat dan petir.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, ketua pasukan Sabah, Orene Ai’i berkata, pasukan itu berjaya bangkit dengan kerjasama setiap pemain dan kelebihan menguasai permainan di atas padang basah.

Orene+Ai+National+Rugby+Sevens+SX9KuYqZfoul
Ketua pasukan Sabah, Orene Ai’i

“Padang agak kering pada babak pertama dan Terengganu banyak mengawal bola. Tapi bila hujan di separuh kedua, kami mula menguasai permainan, inilah yang boleh berlaku dalam ragbi.

“Terengganu tampil begitu bersemangat dan bertenaga pada separuh masa pertama. Namun permainan yang dihentikan seketika itu membolehkan kami bangkit selepas pemain sedar banyak mencicirkan bola sebelum itu.

“Apabila permainan bersambung kami lebih menguasai bola dan lawan mula melakukan kesilapan yang membenarkan kami mengutip mata,” kata pemain berasal dari New Zealand itu.


Sabah akan bertemu Perak di perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Sabtu ini.

Menggulas mengenai perlawanan akhir itu, Ai’i berkata kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama untuk merangkul kejuaraan, namun prestasi pada hari perlawanan menjadi penentu.

“Bagi kami, apa yang penting adalah untuk pulih semula menjelang Sabtu. Pasukan yang lebih cergas akan menang. Kami bernasib baik hari ini dan harap perkara sama berulang Sabtu ini,” katanya.

Perak mara ke final selepas mengalahkan juara tahun 2013 Johor 10-6 dalam satu lagi aksi separuh akhir di sini.

Sementara itu, Johor akan bertemu Terengganu dalam perlawanan penentuan tempat ketiga-keempat di gelanggang sama Sabtu ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ragbi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori