Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Bunuh Diri Selepas...

HANYA kerana bergaduh dengan ibunya, seorang remaja berusia 13 tahun mengambil jalan singkat...

GAMBAR: Budak Lima Tahun...

MALANG tidak berbau.Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas tertimbus dengan baja...

Kelar Isteri, Bayi Sebelum...

Johor Bahru : Seorang bapa terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah...

Bot Karam Di Batu...

TAWAU - Polis mengesahkan tragedi bot karam di Perairan Batu Payung petang Rabu,...

Raja Salman Titah Arah Siasat Kes Rempuhan Mina

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz mengarahkan agar siasatan terperinci dijalankan berikutan 717 jemaah haji yang maut dalam kejadian rempuhan dekat Makkah, pada Khamis.

Seramai 860 orang turut dilaporkan cedera dalam kejadian di Mina itu yang berlaku pada hari terakhir melontar jamrah, yang disertai oleh lebih dua juta jemaah haji dari seluruh dunia.

Jumlah korban kejadian tersebut adalah yang tertinggi semasa musim ibadah haji, yang pernah berlaku dalam tempoh 25 tahun; terburuk pada 1990 apabila 1,426 jemaah maut dalam kes sama.

Ia kebetulan juga adalah nahas kedua yang berlaku ke atas para jemaah bulan ini, selepas sebuah kren gergasi roboh di Masjidil Haram, di Makkah pada 11 September mengorbankan lebih seratus orang.

Berucap secara langsung menerusi siaran televisyen Al Arabiya, Raja Salman bertitah menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi yang amat memilukan, dan mahu agar siasatan segera dibuat.

Baginda malah menegaskan tahap pengurusan bagi pergerakan jutaan jemaah perlu diperbaiki agar insiden serupa tidak lagi berulang pada masa musim haji yang akan datang kelak.

Baca: PM Ucap Takziah Tragedi Rempuhan Di Mina

Juga: Angka Kematian Insiden Rempuhan Mina Meningkat 717 Jemaah

Lagi: Sah Tiada Jemaah Malaysia Terbabit Insiden Rempuhan Mina

Dalam pada itu di Mina, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled al-Falih berkata kelakuan jemaah haji yang tidak berdisiplin adalah punca utama berlaku kejadian rempuhan tersebut.


Tragedi itu tidak mungkin berlaku jika mereka menuruti arahan dan beliau dipetik stesen televisyen El-Ekhbariya sebagai berkata, ramai jemaah haji bergerak tanpa mengikut jadual masa yang ditetapkan.

“Jika para jemaah tertib menurut arahan daripada pihak berkuasa tempatan, kejadian malang sedemikian mungkin dapat dielakkan dan inilah sebab utama kejadian berkenaan,” ujar beliau.

Sementera itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef memberi arahan agar satu siasatan dijalankan terhadap kejadian rempuhan yang berlaku semasa ibadah haji tersebut.

Saudi Press Agency melaporkan, baginda yang mempengerusikan lembaga haji Saudi, mengarahkan siasatan itu dilakukan semasa mesyuarat dengan para pegawai kanan yang bertanggungjawab atas ibadah haji di Mina.

Hasil daripada siasatan itu akan diserahkan kepada ayahandanya, Raja Salman, yang akan mengambil langkah-langkah sesuai sebagai tindak balas terhadap insiden tersebut, menurut laporan agensi berita itu lagi.

Putera Mohammed bertitah, kejadian tersebut tidak akan menjejaskan ibadah haji pada musim tahun ini, dan keselamatan para jemaah merupakan satu keutamaan utama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori