Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PKNS Tawar 72 Unit...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan 72 unit kediaman ekslusif...

Kes Kaya Luar Biasa:...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah mengaku...

“Susah Nak Disiplinkan Penyokong...

PETALING JAYA - Pengurus pasukan Bawah 23 Tahun, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui...

Esscom Rampas Lebih 2,000...

LAHAD DATU - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) merampas 2,195...

Rakyat Malaysia Perlu Jadikan Sukan Budaya Hidup

KUALA LUMPUR – Menjelang sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Okt ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai budaya hidup.

Beliau berkata amalan gaya hidup sihat mampu mengelakkan penyakit dan peningkatan kos kesihatan awam yang terpaksa ditanggung kerajaan.

“Jika rakyat Malaysia masih terus mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, negara akan mula menghadapi krisis kesihatan.

“Kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dan peruntukan yang lebih besar untuk merawat penyakit yang sepatutnya kita boleh cegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan larian Walk-a-Mile ke-14 bersempena Sambutan Hari Jantung Sedunia, di Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil kajian kementeriannya pada tahun lepas mendapati tahap keaktifan rakyat Malaysia dalam aktiviti kecergasan adalah 40 peratus, jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara maju yang purata tahap kecergasan rakyat mereka antara 60 hingga 70 peratus.


“Metodologi kajian ini dikira melalui kekerapan rakyat kita beriadah dan terlibat dalam aktiviti kecergasan setiap minggu. Kita dapati majoriti rakyat kita tak beriadah.

“Jadi sekarang prinsip ‘pencegahan lebih baik daripada mengubati’ mesti diamalkan dengan mendapatkan maklumat lebih baik tentang kesihatan kita dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat,” katanya.

Sebanyak 3,000 peserta termasuk ibu bapa dan kanak-kanak menyertai acara larian World Health Day Walk-a-Mile 2015 anjuran bersama Yayasan Jantung Malaysia dan Nestle Malaysia bersempena Hari Jantung Negara yang disambut pada 29 Sept setiap tahun. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori