Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Perhimpunan Khas MIC Setuju...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan khas MIC yang dianjurkan oleh kumpulan yang menentang Presiden...

Pakatan Harapan Minta Siasat...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan berpakat meminta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd...

Covid-19: MKN Nafi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Malaysia dijangka berdepan kluster...

4 Termasuk 3 Sekawan...

KOTA TINGGI - Tiga lelaki dan seorang wanita maut dalam satu kemalangan membabitkan...

Ramai Akan Dipanggil Lepas Polis Tengok Foto, Video Bersih 4

PIHAK polis akan memanggil lebih ramai lagi individu selepas meneliti gambar dan video perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung minggu lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, pihaknya sedang mengkaji gambar dan video semasa berlansungnya himpunan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita ada pasukan pegawai polis yang meneliti semua gambar dan klip video yang diambil dalam perhimpunan itu.

“Kesalahan sudah berlaku, kita pun tak boleh biarkan ia berlalu pergi.

“Kita akan siasat semua perbuatan-perbuatan yang tidak berapa manis itu. Kita akan tengok,” katanya dalam sidang media di IFSEC Southeast Asia di Kuala Lumpur.


Menurutnya, pihak polis akan menyiasat semua insiden yang berlaku dalam himpunan itu termasuk memijak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada masa yang, polis turut mengalu-alukan sesiapa yang mengenali individu yang terlibat dalam insiden itu tampil membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Malaysian Insider & Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori