Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rosmah Diiktiraf WCES Pencapaian...

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang...

Jemaah Haji Berkumpul Di...

MAKKAH - Kira-kira dua juta jemaah haji mula membanjiri dataran di Bukit Arafah...

STING Tahan 9 Warga...

KUALA LUMPUR - Sembilan warga Nigeria disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar...

Tokan Dadah Wanita Beraya...

Manjung : Wanita dipercayai tokan dadah yang baru tiga bulan aktif kegiatan itu...

Remaja Lemas Dalam Kolam Tinggal

PASIR PUTEH – Penghuni sebuah rumah anak yatim mati lemas selepas tergelincir ke dalam kolam tinggal di Kampung Besar, Semerak, dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa, Amir Firdaus Mat Nor, 13, dikatakan berjalan di tepi kolam ternakan itu, sebelum dilihat tergelincir dan terkapai-kapai di dalam kolam tersebut.

Rakannya, Shafiq Zaini, 13, berkata, pada mulanya dia menyangka Amir Firdaus berpura-pura lemas.

“Saya sedar dia benar-benar lemas bila lihat dia sekejap tenggelam, sekejap timbul. Saya cuba bantu, tapi tak berjaya.. ketika itu dia mula tenggelam.

“Kami keluar dari kawasan kolam itu untuk mendapatkan pertolongan orang dewasa. Ada kawan terjun untuk menyelamatkannya, tetapi gagal,” katanya.

Menurut Shafiq lagi, dia bersama Allahyarham sebelum itu menikmati jamuan laksa di rumah penduduk, yang mengadakan tahlil selepas solat Jumaat.

Allahyarham yang masih mempunyai ibu dan mendaftar di Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Lilbanin) Seri Peraksi sejak setahun lalu, dianggap sebagai ketua anak yatim di situ kerana dia dikatakan paling matang.


Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Perubatan, Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat, sebelum dituntut saudaranya untuk dikebumikan di Kampung Panggong, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad turut mengesahkan kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia. Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah lemas, tiada kesan cedera pada badan mangsa,” katanya.

Allahyarham yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama (Arab) Nurul Falah di Cherang Ruku, ditempatkan di bilik sementara, yang dijadikan asrama bersama 10 rakan di rumah anak yatim itu kerana bangunan baharu di atas tanah diwakafkan penduduk, masih dalam pembinaan. – Sinar Harian Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori