DEMI kerana bapa, seorang remaja berusia 15 tahun, kini menjadi tajuk berita muka depan akhbar tempatan selepas dia menyarung kepala lembu dan membiarkan dirinya ditunggangi dengan bayaran 5 yuan, bagi menyara bapanya yang sakit dan lumpuh.
Gadis itu, Hao Dongdong sanggup menjadi lembu tunggangan dan menyediakan perkhidmatan itu di tepi jalan.
Dia hanya duduk berlutut di jalan dan menunggu orang ramai yang mahu menunggangnya sambil dia memakai sarung kepala lembu.
Ada kalanya Hao menjadi mangsa buli dan dia juga pernah ditampar oleh orang yang mabuk. Hao turut ditawarkan menjadi GRO oleh seorang wanita.
Bagaimanapun usahanya itu tidak mendapat sokongan penduduk malah ramai yang menggelarnya sebagai penipu.
Manakala golongan pekedai pula menyifatkan pekerjaan yang dilakukan Hao telah memburukkan tempat tersebut.
Disebabkan mereka tidak mempercayainya, Hao telah membawa bapanya ke tempat kerjanya itu bagi membuktikan kata-katanya.
“Bapa saya memerlukan bayaran sebanyak £500 setiap bulan untuk rawatan perubatan. Adik-adik saya pula perlu ke sekolah. Saya tidak mempunyai kad pengenalan jadi saya tidak boleh bekerja, hanya meminta sedekah,” katanya.
Bapanya yang berusia 54 tahun itu menjadi lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan pada 2014. Ibunya pula telah meninggalkan mereka.
“Saya tahu apa yang orang ramai fikirkan tetapi saya tidak peduli,” kata Hao. - MYNEWSHUB.CC