Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

RM1.8 Bilion Diperuntuk Selenggara...

Sebanyak RM1.08 bilion diperuntukkan bagi kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia tahun...

Pemandu Maut, Kereta Bertembung...

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu kereta maut manakala pemandu serta 30 penumpang bas...

Kaji Keberkesanan Sumbangan Zakat...

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diminta membuat...

Johor Peruntuk RM150 Juta...

NUSAJAYA - Sebanyak RM150 juta diperuntukkan kerajaan Johor bagi melaksanakan kerja menaik taraf...

Rita Rudaini Akui Ramai Peminat Minta Nasihat Rumah Tangga

SIAPA sangka, setelah bangkit dari kegagalan rumah tangga aktres jelita Rita Rudaini mendedahkan dirinya menjadi tempat rujukan peminat yang sering meminta pandangan dan nasihat berkaitan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, ekoran bimbang nasihat yang diberi bakal mengeruhkan lagi rumah tangga individu tersebut, pelakon Mami Jarum Junior mengambil langkah tidak membalas komen mahupun mesej secara peribadi.

“Kebanyakan wanita selalu tanya boleh tak minta alamat e-mel untuk berkongsi masalah rumah tangga kerana dugaan yang mereka lalui itu lebih kurang macam saya.

“Ada juga yang bertanya pada saya apa yang mereka perlu buat mengenai masalah perkahwinan yang timbul itu?

“Serba salah jadinya tetapi saya mengambil langkah untuk tidak membalas mesej dan komen mereka. Takut tersalah bagi nasihat pula,” katanya kepada mStar Online.


Terdahulu, Rita pernah berkahwin dengan bintang bola sepak Aidil Zafuan Abdul Radzak dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul menerusi filem Love, Supermoon yang bakal ditayangkan pada 22 Oktober depan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=dHxtHOb7d_8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori