Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Salmonella Ditemui Dalam Kilang...

BRUSSELS: Bakteria Salmonella ditemui di kilang coklat terbesar yang dikendalikan oleh oleh syarikat...

1 Maut, 10 Cedera...

SINGAPURA - Seorang pekerja maut dan 10 yang lain cedera setelah struktur lebuh...

Polis P.Pinang Buka Kertas...

BUKIT MERTAJAM - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung sepucuk surat berbaur ugutan...

MyEG: Bayaran RM38 Meliputi...

PETALING JAYA - Yuran RM38 yang dikenakan oleh MyEG untuk memperbaharui permit pekerja...

Rusia Siasat Apple, Cuba Promosi Aktiviti LGBT

MOSCOW – Pihak berkuasa di Rusia kini menjalankan siasatan ke atas Apple selepas didapati secara tidak sah telah mempromosikan homoseksual melalui lambang emoji lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Siasatan itu dilancarkan oleh pihak berkuasa di wilayah Kirov selepas terdapat kebimbangan Apple melanggar peraturan. Ia dilakukan setelah seorang peguam, Yaroslav Mikhailov membuat aduan mengenainya.

Menurut beliau, Apple telah melanggar undang-undang tempatan kerana organisasi antarabangsa tersebut tidak dibenarkan mempromosikan ‘homoseksual’ kepada golongan bawah umur.

Emoji baharu itu boleh diperoleh menerusi sistem operasi Apple’s iOS 8.3. Ia jelas menunjukkan mereka yang sama jantina saling bercium mulut dan memegang tangan.

Jika Apple didapati bersalah melanggar undang-undang berkenaan, syarikat tersebut berdepan hukuman denda antara £8,000 hingga £10,000 dan boleh digantung selama tiga bulan.


Namun ini bukan kali pertama Apple terlibat dalam kontroversi berkenaan LGBT. Amalan terkutuk itu dilaknat Allah SWT di sebalik desakan pelbagai badan hak asasi antarabangsa mahu ia diiktiraf.

Tahun lepas, seorang penggubal undang-undang, Vitaly Milonov mencadangkan supaya produk Apple diharamkan di Rusia kerana ia diketuai oleh seorang gay iaitu Tim Cook. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=i4kYJRzP1xI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori