Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penjawat Awam Diajak Bersyukur...

MELAKA - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengajak penjawat...

Warga Arab Sukakan Suasana...

MUSLIM Imran telah menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan di Malaysia sejak...

GAMBAR: Majlis Berinai Nad...

SEPERTI diketahui ramai, pelakon genit Nad Zainal bakal mengakhiri zaman bujang dengan kekasih...

Tips Mencegah Kecurian Kenderaan

MUNGKIN ada di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan. Pencuri sanggup berbuat apa sahaja...

Rusiah Jemaah Haji Malaysia Pertama Disahkan Terkorban

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji mengesahkan Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak adalah mangsa pertama yang dikenal pasti terkorban dalam kejadian kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengesahan itu dibuat oleh pasukan Lembaga Tabung Haji yang berada di sana.

“Pasukan Tabung Haji dibenar buat pengecaman jenzah melalui 108 gambar yang dipaparkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu sidang media di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Rusiah antara lapan jemaah Haji Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden kren tumbang itu.


Tujuh lagi jemaah yang gagal dikesan sehingga kini ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah); Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan Abdul Muluk Ishak, 71, (Pantai Remis, Perak). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori