Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembekal Bahan Binaan Bumiputera...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pembekal bahan binaan milik Bumiputera mendakwa Dewan Bandaraya...

Najib Ucap Selamat Menyambut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Menyambut...

Operasi LRT Dari Putra...

KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini boleh menggunakan perkhidmatan...

Belum Setahun, Yusuf Iskandar...

SEPERTI Aisyah Dhia Rana dan Lara Alana, bayi lelaki kesayangan pasangan Hanis Zalikha...

Sam Smith Terpilih Nyanyi Lagu OST Filem Baru James Bond

PENYANYI berbakat besar, Sam Smith terpilih menjadi penyanyi bagi lagu runut bunyi (OST) filem terbaharu perisikan popular, James Bond, Spectre.

Membuat pengumuman di laman mikro Twitternya, Smith menulis, “This is one of the highlights of my career. I am honoured to finally announce that I will be singing the next Bond theme song”.

samm

Smith menyatakan lagu itu telah dirakam pada Januari lalu namun terpaksa merahsiakan perkara itu terlebih dahulu daripada pengetahuan peminat dan media.

Lagu berjudul Writing’s on the Wall itu akan mula dipasarkan bermula 25 September ini sementara filem itu akan mula ditayangkan pada 26 Oktober di United Kingdom dan 6 November di Amerika Syarikat.


Smith mencipta lagu itu bersama-sama dengan Jimmy Napes, orang sama bekerjasama dengannya untuk lagu Stay With Me.

Sebelum ini lagu-lagu OST filem Bond pernah dinyanyikan oleh Adele menerusi lagu Skyfall, Madonna (Die Another Day) dan Tina Turner (Golden Eye). – MYNEWSHUB.CC

Spectre Official Trailer

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori