Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Alat Permainan Budak Sebar...

KUALA LUMPUR - Alat permainan kanak-kanak dikenal pasti sebagai antara punca penyebaran kuman...

Najib Hadiri Beberapa Acara...

KUALA LUMPUR - Selepas selesai menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dan merasmikan Perhimpunan Agung...

Alat Permainan Jet Pejuang...

ISU penghinaan terhadap Islam dilihat semakin menjadi-jadi. Bukan setakat menyalahkan agama suci ini...

Tahun Melawat Perak 2017:...

IPOH - Sebanyak 500,000 pelancong antarabangsa disasar mengunjungi Perak sempena Tahun Melawat Perak...

‘Saya Percaya Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian Ini’

KUANTAN – “Saya berterima kasih di atas kesudian Tengku Mahkota Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan Tengku Puan Pahang (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) bertanya khabar.

“Tengku Mahkota dan Tengku Puan berpesan supaya saya tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini,” kata bilal Masjid Tepian Putra, Tengku Shafiq Tengku Adam Azli, 21, yang parah ditikam seorang lelaki di tapak pesta di Tanah Putih, di sini, 1 September lalu.

Disangka Pencuri Motor, Bilal Masjid Parah Ditikam

Tengku Shafiq yang masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, berkata, tahap kesihatannya bertambah baik meskipun adakalanya terasa sakit pada bahagian badannya yang terkena tikaman itu.

“Saya berbesar hati apabila Tengku Mahkota dan Tengku Puan memberi kata-kata semangat dan meminta supaya banyak berehat.

“Saya percaya ada hikmah di sebalik kejadian ini dan harap dapat pulang ke rumah dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Tengku Abdullah dan Tunku Azizah di HTAA, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.


Tengku Shafiq berkata, dia tidak berdendam terhadap lelaki yang menikamnya, tetapi terkilan kerana niat murninya menjaga motosikal disalah tafsir sebagai cubaan mencuri kenderaan itu.

“Tetapi, segalanya sudah berlaku dan saya terima dugaan ini. Ia tidak akan melunturkan semangat saya untuk terus membantu orang yang tidak dikenali pada masa hadapan,” katanya.

Pada kejadian itu, Tengku Shafiq yang mahu menjaga motosikal daripada dicuri selepas melihat kunci ditinggalkan cedera ditikam pemilik kenderaan itu di tapak pesta Tanah Putih, di sini.

Mangsa yang baru tiga bulan bertugas sebagai bilal parah ditikam menggunakan pisau Rambo dan menjalani pembedahan selama hampir tiga jam, kelmarin, berikutan tusukan pisau berkenaan mengenai paru-parunya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori