Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelaburan Di NCER Bukti...

KUALA LUMPUR - Pelaburan bernilai RM16 bilion di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)...

81.8 Peratus Populasi Remaja...

KUALA LUMPUR: Seramai 2,575,388 individu atau 81.8 peratus daripada populasi remaja di negara...

Kanak-kanak Dipercayai Mengidap Penyakit...

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dimasukkan ke Hospital Melaka pada Rabu lepas...

Penguasaan Kemahiran Teknikal, Vokasional...

TAIPING - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah penguasaan kemahiran teknikal...

“Saya Tidak Peduli” – Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah baginda sedia maklum ada sesetengah pihak tidak suka kepada caranya.

Baginda bagaimanapun bertitah langsung tidak mengambil kisah ke atas pandangan golongan terbabit.

“Saya 97 peratus yakin ada sesetengah pihak tak suka saya, tapi saya 100 peratus yakin saya tidak peduli,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sebelum ini sering mengkritik kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kelmarin baginda dengan lantang menuntut supaya FAM dirombak selain meminta supaya badan induk bola sepak negara itu tidak bersikap bodoh sombong.


Ia berikutan kekalahan mengaibkan skuad kebangsaan 10-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Abu Dhabi pada 4 September lalu.

Keputusan itu merupakan kekalahan terbesar pasukan negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Sebelum ini, kekalahan terbesar yang dialami oleh pasukan negara ialah ketika menentang pasukan New Zealand pada tahun 1967 yang berakhir dengan keputusan 2-8. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/2NbchowV0CU

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori