Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Nadya Pilih Naik Pelamin...

SUATU ketika dahulu, pelakon berhijab yang sering membawakan watak antagonis, Nadya Syahera Rosli pernah...

Solat Hajat Mohon Hujan...

KUALA LUMPUR - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akan mengadakan Majlis...

Menang 5-1: Annuar Minta...

KUALA LUMPUR - Presiden Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa meminta...

212 Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHARU - Jumlah mangsa banjir di Simpang Renggam dekat Kluang meningkat kepada...

Sebut Nama Bandar Terpanjang, Wartawan Dikagumi

SEORANG wartawan penyiar lelaki menjadi perbualan hangat di internet selepas berjaya menyebut nama terpanjang sebuah bandar di Eropah yang mengandungi 58 huruf.

Dia yang dikenali sebagai Liam Dutton mengejutkan ramai apabila mampu menyebut nama tempat ‘Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch’ dengan lancar.

Malahan dia juga langsung tidak tersasul ketika bersiaran secara langsung dalam segmen ramalan cuaca di stesen televisyen Channel 4 di United Kingdom.

Kemahirannya menyebut nama tempat tersebut dengan baik sekali gus membuatkan orang ramai terkejut dan berasa kagum.

Apatah lagi, nama tempat itu amat panjang dan kedengaran terlalu sukar untuk disebut.


Rakaman aksi Dutton itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial hingga menjadi viral dan telah ditonton sebanyak lebih 208,669 ribu kali dalam tempoh kurang dua hari.

Sekadar informasi, nama lain bagi bandar Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch’ adalah Llanfairpwll atau Llanfair PG.

Makna bagi nama tempat tersebut adalah ‘St. Mary’s Cruch In The Hollow Of The White Hazel Near The Rapid Whirlpool Of Llantysilio Of The Red Cave‘. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori