BILA bercakap tentang pengiklanan video, sukar untuk menidakkan kehebatan negara jiran kita Thailand.
Bagi yang perasan, terdapat banyak video iklan di Thailand yang dihasilkan dengan sangat bernas dan menyentuh perasaan tidak kiralah sedih mahu pun lucu, malah kadangkala kita tak sangka sesuatu video itu mewakili produk tertentu hinggalah ianya tamat ditonton.
Dalam sekian banyak video iklan yang bagus, di bawah adalah salah satu yang terbaharu dan amat menyentuh perasaan.
Di penghujung video anda akan tahu produk apa yang diiklankan tapi sebelumnya anda tak akan perasan melainkan rasa seolah-olah menonton satu filem pendek.
Jom tonton video di bawah yang sarat dengan pengajaran berkaitan pentingnya melayan manusia lain dengan baik dan tanpa buruk sangka tak mengira darjat.
Sejak dimuat naik pada 27 Ogos lalu, video ini sudah ditonton hampir 4.3 juta kali.
Memang terbaek agensi pengiklanan yang menghasilkannya kerana tak sekadar menjual produk, ia memberi pengajaran berguna kepada penonton termasuk kita, betul tak? – MYNEWSHUB
Oleh: Rem Ramzi