Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tindakan Mahfuz Serbu Masuk...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan...

Muhyiddin Tuntut Penjelasan PAS...

Kuala Lumpur : Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menuntut pimpinan PAS malam ini,...

Aksi Romantik Miley Cyrus...

TEKA-teki mengenai hubungan penyanyi Miley Cyrus dengan anak pelakon Arnold Schwarzenegger, Patrick Schwarzenegger...

“Saya Bangga Menjadi Seorang...

TRAGEDI hitam semasa solat Jumaat di Christchurch, minggu lepas pasti meninggalkan kesan mendalam...

Sekolah Di Kawasan IPU Lebih 200 Perlu Ditutup – Kem. Pendidikan

PUTRAJAYA – Sekolah perlu ditutup apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesebuah kawasan melebihi 200, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam kenyataan hari ini Kementerian Pendidikan memaklumkan, berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 150.

Kenyataan itu menyebut guru besar dan pengetua perlu memaklumkan kepada pejabat pendidikan daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.

“Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan,” menurut kenyataan itu di sini.


Kementerian Pendidikan memandang serius akan perkembangan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dan sentiasa memantau status terkini IPU di kawasan-kawasan yang melebihi bacaan 100.

Semua guru besar dan pengetua diingatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui aplikasi telefon bimbit MyIPU atau melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my.

Pihak pentadbir sekolah juga perlu akur kepada surat siaran yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan berkaitan jerebu bertarikh 7 Ogos 2013 dan surat siaran berkaitan Langkah Penjagaan Kesihatan Murid Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan pada 26 Feb 2014 serta masih berkuat kuasa, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori