Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Covid-19: 3,213 Kes Baru,...

Sebanyak 3,213 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKementerian Kesihatan (KKM)...

Setiausaha Politik Salahuddin Dibebaskan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan Setiausaha Politik kepada Menteri...

Ikan Penuh Tatu Ditangkap...

SEEKOR ikan besar berjaya ditangkap di perairan Filipina dengan badannya penuh ukiran tatu. Nelayan...

Bumbung Hotel Runtuh, Dua...

PORT DICKSON - Sepasang suami isteri cedera ringan manakala anak mereka yang berusia...

Seramai 21 Lelaki Terlibat Kes Curi Kenderaan Di JB

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menahan 21 lelaki yang dipercayai terlibat dalam enam kes curi kenderaan di sekitar daerah ini dan kawasan Wilayah Iskandar, Nusajaya sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kesemua mereka yang berumur 14 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di daerah ini pada 15 September lepas.

Katanya, hasil serbuan itu, polis turut merampas 20 kenderaan terdiri daripada 15 motosikal dan lima kereta pelbagai jenis yang disyaki dicuri.

“Suspek menyasarkan kereta lama yang penggera keselamatannya rosak dan selepas itu komponennya dileraikan untuk dijual,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, suspek yang aktif sejak awal tahun bergerak dalam kumpulan berasingan dengan seorang daripadanya turut didapati memiliki beberapa rekod jenayah lampau berhubung kes samun dan dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori