SEEKOR singa betina yang selama ini menjadi ‘hamba’ sarkas di China dilaporkan telah terlepas daripada kenderaan yang membawa kandangnya di Suzhou, wilayah Anhui semalam.
Namun, nikmat kebebasan bagi singa berkenaan tidak dapat dirasakan selama-lamanya selepas ia  berakhir dengan tragedi yang menyedihkan.
Menurut media tempatan, singa malang tersebut telah ditembak mati oleh pihak polis demi keselamatan manusia yang berada di sekitar pusat perkhidmatan di situ.
Orang awam telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis selepas singa yang terlepas daripada kandangnya itu berkeliaran dan dilanggar oleh sebuah kereta.
Sebanyak 7 buah kenderaan polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan telah menembak singa tersebut sebanyak 20 kali bagi memastikannya benar-benar mati. – MYNEWSHUB.CC