Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

3,085 Sembuh, 11 Kematian,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,253 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif...

Ibu Bunuh Bayi Kerana...

JAKARTA – Seorang wanita tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh sebuah mahkamah...

Dr Halimah Perlu Letak...

KUALA LUMPUR - Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr...

Polis P. Pinang Jangka...

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjangkakan penambahan lebih 50,000 kenderaan masuk ke negeri...

Speaker Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya PM

KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya akan dibawa pihak pembangkang di Dewan Rakyat pada persidangan bulan depan belum lagi ada.

Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali gus menegaskan hanya beliau memiliki kuasa untuk menolak sebarang usul yang dibuat secara rasmi pada persidangan Oktober depan.

Malah menurutnya lagi, perkara usul tidak percaya sepatutnya tidak wajar dibincangkan terbuka selagi sidang parlimen belum berlangsung dan selagi beliau sebagai speaker dewan itu belum terima sebarang usul sedemikian.

“Tidak ada menteri boleh menolak apa-apa usul, yang berkuasa mengenai hal usul adalah saya selaku speaker dewan dan ini termasuk usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri,” jelas Pandikar lagi.

Beliau bahkan menyatakan Najib sendiri tiada kuasa untuk menolak sebarang usul di Dewan Rakyat waima usul tidak percaya kepada pentadbiran beliau oleh pihak pembangkang selepas ia diterima masuk oleh speaker.

“Tidak ada, termasuk Perdana Menteri, jadi harus difahamkan secara jelas perkara itu,” kata Pandikar kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA), di sini pada Isnin.

Baca: Usul Undi Tak Percaya Jadi Bahan Lawak Pembangkang

Juga: 20 MP BN Difitnah Bakal Sertai Pembangkang Guling Najib

Sebelum ini, sebuah laman portal tempatan telah ‘memutar belit’ kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman dengan menyatakan usul undi tidak percaya tidak boleh dibawa ke sesi Parlimen.


Bagaimanapun, Azalina telah menafikan laporan berita terbabit dengan menganggap kenyataan beliau tersebut kemungkinan telah disalah erti untuk tujuan agenda politik tertentu oleh pihak pentadbir portal terbabit.

Pembangkang sebelum ini kecoh ‘mencanangkan’ kononnya Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang menerusi usul tidak percaya yang akan dibawa mereka pada persidangan Dewan Rakyat bulan depan.

Azalina pada Jumaat lalu sebaliknya mendakwa usul itu amat mustahil boleh dimenangi pembangkang kerana BN masih menguasai dewan dengan 134 kerusi berbanding pihak lawan pula cuma 87 kerusi dan bebas satu kerusi.

Secara logik matematik, pembangkang yang mahu usul itu ‘lulus’ perlu terlebih dahulu memastikan dapat majoriti mudah 112 kerusi dan ini termasuk dengan ‘rasuah’ 23 wakil BN untuk berpaling tadah menyokong mereka.

Ramai penganalisis politik tempatan melihat gimik terbaharu pembangkang itu ekoran ‘malu’ gagal gulingkan BN pada perhimpunan haram Bersih 4.0 menjelang sambutan kemerdekaan 31 Ogos lalu. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori