Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada PRN Bantah Cadangan...

GEORGE TOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang tidak bercadang mengadakan Pilihan Raya...

Ekonomi Asia Tenggara Diunjur...

KUALA LUMPUR - Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) mengunjurkan ekonomi rantau...

Seorang Lagi Direman Berhubung...

PUTRAJAYA - Bekas pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda direman lima hari bagi membantu...

Video Pergaduhan Nubhan, Isteri...

"OTAK you (awak) letak kat (di) mana? Fikirlah sikit. Sekarang ini kereta hilang...

Staf Maxis Kepong Amal Sikap ‘Rasis’ Terima Padah

14 SEPTEMBER lalu, seorang pemilik akaun Facebook mendapat perhatian netizen apabila mendedahkan layanan bersifat perkauman yang diterimanya ketika berkunjung ke Maxis cawangan Kepong.

Samantha Resh mendedahkan, ketika berkunjung ke sana untuk membayar bil dia tidak mengambil angka giliran apabila mendapati terdapat pelanggan Cina yang tidak berbuat demikian.

racist 1

Namun apabila tiba gilirannya dia disuruh mengambil angka giliran tidak seperti pelanggan Cina yang beratur di belakangnya. Apabila perkara ini diajukan kepada pengurus di situ, dia tertawa dan mengaku mengamalkan sikap rasis dan mencabar Samantha untuk mengambil tindakan.

Tambah menyakitkan hati apabila kertas mencetak angka giliran didapati habis dan selepas ianya pulih, pengurus berkenaan memberikan angka giliran kepada pelanggan yang datang selepas Samantha dan memberikannya angka giliran terakhir.

Tak berakhir di situ, dia turut mempermainkan Samantha dengan memberikan nombor telefon yang didakwa milik pengurusnya untuk dihubungi dan sebaik sahaja nombor itu dihubungi dia menjawab telefon lalu ketawa!

racist 3

Apabila kisah ini menjadi viral di media sosial, terdapat pelanggan lain turut berkongsi pengalaman dilayan dengan rasis di cawangan terbabit.


racist

Bagaimanapun, pihak Maxis wajar dipuji apabila mereka segera memberi respon berkaitan perkara ini.

Menurut Samantha menerusi Facebook, satu pertemuan dengannya telah diatur oleh Maxis pada 19 September lalu di Mid Valley di mana dia dimaklumkan lelaki yang melayannya secara rasis telah pun digantung kerja.

rasis

Bagi kami ini adalah berita baik yang dapat dijadikan peringatan buat semua rakyat Malaysia bahawa sikap rasis tidak dialu-alukan di negara ini.

Semoga semangat muhibah sesama kaum dapat dikekalkan seterusnya membawa kepada keharmonian 1Malaysia selamanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori