Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Guan Eng Mengenai...

BUTTERWORTH - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini meminta polis menyiasat kenyataan Setiausaha...

Sebanyak 20 Lebuh Raya...

Sebanyak 20 buah lebuh raya berkelayakan untuk mendapat kenaikan tol pada tahun depan...

“Terima Kasih Kerana ‘Membabikan’...

KISAH mengenai seorang ibu yang sanggup berjuang untuk mencari sumber kewangan demi memastikan anak...

Serangan Houthi Di Riyadh...

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh setakat ini disahkan masih lagi berada...

Persediaan Penting Sebelum Anda Travel Ke Luar Negara

Siapa yang tidak suka melancong kan?

Lagi-lagi jika berpeluang melancong ke luar negara dan menikmati keindahan alam yang memukau.

Senang cakap, ramai yang memasang impian agar dapat mengeliling dunia.

Oleh itu, kami ingin kongsikan beberapa persediaan untuk anda melancong ke luar negara dengan lebih baik, teratur dan menjimatkan.

1.Tempah tiket penerbangan

Tempah tiket sekurang-kurangnya enam bulan awal kerana ia lebih murah dan jimat.

Lagi untung jika anda beli ketika promosi. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan.

2. Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan

Baju-Sejuk-Women-Online-Magazine-2

Pakaian musim sejuk mempunyai harga yang agak mahal. Jika mahukan harga yang murah, anda boleh dapatkan pakaian musim sejuk di kedai terpakai atau bundle.

3. Bawa adaptor dan plug international

UniversalInternationalTravelAdaptor1_1399656720

Kebiasaanya, plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita.

4. Book hotel siap-siap sebelum hari anda travel

99c7684084fd3984c501d2b7a45ef24f

Anda hendaklah lakukan survey awal-awal, kerana dapat membantu anda mengetahui info mengenai harga hotel, lokasi hotel dan kedai makan berdekatan. Laman web tempahan bagi hotel yang paling popular antaranya adalah HotelsCombined.com, Agoda.com dan Booking.com.


5. Beli tiket bus, keretapi, tiket amusement park atau apa saja tiket secara online

6. Bawa bekalan makanan yang mencukupi walaupun anda merancang makan di luar

images (1)

Tidak semua kedai makanan halal senang di dapati di sesebuah negara. Oleh itu, sebaiknya anda bawa makanan tahan lama seperti sambal ikan bilis ketika melancong ke luar negara.

7.Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming

8.Tukar duit atau matawang asing di pengurup wang sebelum berlepas

1003228626p

Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah. Ada di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut. Sedikit matawang asing negara tersebut mesti di bawa bersama untuk mengelakkan kita menghadapi kesusahan menukar wang.

9. Aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum bercuti

Tak susah pun sebab hanya perlu call pihak bank dan maklumkan tarikh kita nak ke luar negara. Selalunya pihak bank akan aktifkan kad kredit atau kad debit kita sehari sebelum kita berlepas dan sehari selepas kita balik ke Malaysia.

Kita juga sebenarnya boleh mengaktifkan sendiri kad kredit atau kad debit menggunakan internet banking seperti di CIMB Clicks dan Maybank2u.

10. Sediakan duit secukupnya untuk sepanjang anda berada di luar negara samada di tangan atau di dalam akaun

-MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=yTQ08E1CpL4

Sumber: The Vocket

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori