Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Putera Charles Prihatin Cabaran...

GEORGE TOWN - Putera Charles menyuarakan keprihatinan baginda terhadap cabaran utama dalam...

PBB Terus Perjuang Kebebasan...

INCHEON, KOREA SELATAN - Media yang bebas dan bertanggungjawab mampu membantu masyarakat dunia...

Syed Saddiq Persoal Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempoersoalkan...

“Bayaran RM1,500 Pun Kami...

PETALING JAYA - Bapa kepada penyanyi sensasi Aiman Tino menyangkal dakwaan pihaknya meletakkan...

Kecoh 2.3 Juta Calon Rebut 368 Jawatan Kosong Di India

NEW DELHI — Pemerintah negeri yang penduduk paling ramai di India, Uttar Pradesh, terkejut apabila menerima permohonan 2.3 juta orang calon untuk kekosongan jawatan bagi 368 pegawai awam gred rendah.

Syarat permohonan jawatan tersebut yang turut diiklankan menerusi pelbagai akhbar tempatan antara lain adalah calon mesti tamat pengajian sekolah rendah dan mampu menunggang basikal, lapor media India baru-baru ini.

Namun puluhan ribu lepasan universiti dan ratusan graduan yang memiliki ijazah PhD pun berebut-rebut mahu memohon pekerjaan berkenaan yang menawarkan gaji asas hanya 16,000 rupee atau kira-kira RM1,028 sebulan.

Dengan jumlah yang memohon sampai jutaan orang maka secara congak mudah matematik adalah secara purata 6,250 calon akan perlu ‘bersaing’ sengit semata-mata untuk merebut satu jawatan kosong yang ditawarkan itu.

Seorang pegawai kerajaan tempatan menyatakan, jumlah calon seramai itu memerlukan waktu empat tahun untuk menemuduga kesemua pemohon, termasuk 255 orang yang bergelar PhD dan 152,000 graduan universiti.


Jangkaan saya semua proses perlu empat tahun kerana kami hanya ada 10 panel untuk temuduga 200 calon sehari dengan 25 hari bekerja dalam satu bulan,” jelas Prabhat Mittal di ibu negerinya, Lucknow.

Kadar pengangguran yang tinggi dicatatkan di Uttar Pradesh dan melibatkan perkiraan puluhan juta orang menganggur daripada sejumlah 215 juta penduduk di negeri itu yang terkenal dengan mercu tanda Taj Mahal.

Kekosongan jawatan kerajaan di India biasanya menarik perhatian besar penduduk dan ramai lepasan universiti terpaksa bekerja sebagai buruh binaan kasar untuk mencari rezeki. — Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • India

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori