Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Sebenarnya.My Teruskan Siri Jelajah...

KUALA LUMPUR – Berita dan maklumat palsu yang semakin menular di media sosial...

7,000 Anggota Polis Kawal...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 7,000 anggota polis akan bertugas pada perhimpunan Bersih 5...

Suami Isteri Bingung, 4...

SEPASANG suami isteri Patricia dan Eddie Ferrin kini dalam keadaan bingung selepas tiga...

Bantuan Khas RM1,000 Kepada...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada...

Google Diperbuat Daripada 2 Bilion Kod Arahan

PUTRAJAYA – Mungkin ramai orang termasuk pakar ICT sendiri pun tidak tahu bahawa Google serta seluruh aplikasinya, seperti Docs, Sheets dan Slides, terdiri daripada kod pemprograman yang tidak sedikit bilangannya.

Apabila dihitung satu-persatu, jumlah kod arahan tersebut sebenarnya boleh mencecah dua bilion teks. Itulah jumlahnya sejak diasaskan Larry Page dan Sergey Brin pada 4 September 1998 di California, Amerika Syarikat.

Ya, barisan kod tersebut diperlukan untuk menjalankan segala perintah dan input muat masuk melalui aplikasi atau web. Semuanya pula perlu disusun dan disimpan dalam sebuah pangkalan data bersaiz ‘ibu’ segala gergasi.

Bayangkanlah akibat besarnya saiz itu, semuanya memerlukan ruang seluas 86 terabyte dalam cakera keras atau hard disk, dan Google pada masa sama pun harus memastikan kod-kod itu selamat tanpa gangguan bahaya.

Menurut portal hal ehwal teknologi maklumat yang popular luar negara, BGR; Pengurus Google Engineering, Rachel Potvin menjelaskan rahsia angka tersebut dalam satu persidangan bertaraf antarabangsa baru-baru ini.

Beliau juga menambah, demi keselamatan semua kod yang menggerakkan seluruh aplikasi buatan Google itu, maka mereka menyimpannya dalam 10 pusat data dan lokasi berkenaan tersebar di seluruh penjuru dunia.


Meskipun tidak boleh diperlihatkannya secara langsung, saya rasa ini adalah sebuah kumpulan kod terbesar yang aktif digunakan di serata dunia,” ujar Potvin kepada peserta persidangan berkenaan.

Dua bilion baris kod itu membuatkan juruteknik Google bebas mengambil dan mengkombinasikan kod dari pelbagai projek malah boleh ubah kod dengan mudah, lalu mengirimkan ke seluruh sistem pelayan milik Google.

Ketika anda memulakan sebuah projek baharu, anda sudah mempunyai sebuah perpustakaan yang amat lengkap. Hampir seluruh hal di sana sudah pun selesai dikerjakan,” jelas Potvin.

Sebagai perbandingan, kod Linux Kernel hanya berisi 15 juta baris dan 40 ribu fail. Keseluruhan barisan kod itu berubah setiap minggu, seiring dengan kerja yang dilakukan pembangun sistem. — Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori