Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terengganu Kembali Banjir

KUALA TERENGGANU : Hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan banjir kembali melanda Terengganu...

Kronologi Kes Penculikan Raymond...

KUALA LUMPUR - Berikut merupakan kronologi kes penculikan seorang paderi berusia 62 tahun,...

Arkitek Kena Tahan Di...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga rakyat tempatan di Lapangan...

Polis Marin Rampas 1Kg...

ALOR SETAR - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi menahan seorang lelaki...

Makanan Dibakar Panggang Sedap Tapi Bahaya…

PUTRAJAYA — Siapa tidak suka makanan dibakar atau dipanggang? Pelbagai barbeku tentu sangat mengiurkan ketika lebaran, namun sering kita lupa adalah bentuk makanan yang hitam dan berkerak akibat api itu.

Tahukah anda bahawa makanan dibakar panggang berbahaya kepada kesihatan? Bahkan kita pasti pernah dengar ulasan bahawa makanan sedemikian dapat menyebabkan penyakit barah, tetapi benarkah dakwaan itu?

Satu kajian saintifik menemui bahawa, dua jenis bahan kompaun penyebab kanser dapat terbentuk selama proses pemanggangan, iaitu polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) dan heterocyclic amino (HCA).

PAH terbentuk dalam asap mudah ditemui di permukaan daging dan sukar hilang, manakala HCA disebabkan dimasak termasuk digoreng atau dipanas dalam ketuhar pada suhu tinggi akhirnya terbentuk di dalam isi daging.


Bagaimanapun untuk pencinta makanan barbeku, anda tidak perlu bimbang, kerana kita sebenarnya dapat memasak dengan cara meminimumkan risiko barah. Berikut adalah senarai petua mudah yang boleh diamalkan:

  1. Rendam terlebih dahulu daging untuk dipanggang dalam air bersih.
  2. Rebus sebelum dipanggang. Ini akan hilang lemak. Kesannya lemak menitis saat dipanggang yang akan bentuk asap.
  3. Sering bolak-balik daging panggang seperti diamalkan pada sate.
  4. Memasak panas tetapi mesti dalam keadaan suhu rendah.
  5. Jangan memasak daging langsung di atas arang terbakar.
  6. Hadkan penggunaan penutup untuk mengurangi asap tebal terkepung.
  7. Buang bahagian yang hitam pada permukaan daging sebelum dimakan.

Kesimpulannya teori makanan yang dibakar boleh menyebabkan kanser memang benar. Justeru, kita harus pandai olah cara makanan yang akan dibakar agar dapat menikmati hidangan barbeku itu. — Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori