Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Mahu Pihak Berkuasa...

LAHAD DATU - Kegiatan hidu gam dalam kalangan kanak-kanak yang berleluasa di Sabah...

Banjir Terengganu, 50 Staf...

KUALA TERENGGANU - Lima puluh kakitangan Hospital Hulu Terengganu terpaksa menaiki jentolak yang...

Pendekatan Baharu Permudah Kelulusan...

KUANTAN - Kerajaan negeri memperkenalkan tiga pendekatan baharu bagi memudahkan urusan kelulusan pindah milik,...

Afdlin Shauki Berlepas Ke...

SELEPAS sekian lama merancang untuk menunaikan ibadah haji, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki...

Suami Isteri Teruja Sama-Sama Diterima Masuk UUM

SINTOK – Sepasang suami isteri tidak menyangka mereka sama-sama diterima masuk untuk belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Nurul Hasanah Salim dan Ahmad Irfan Ahmad Zukri, kedua-duanya berumur 21 tahun dan berasal dari Marang, Terengganu adalah antara ratusan pelajar yang mendaftar masuk ke UUM hari ini.

BACA: 

Kisah Cinta ‘Perigi Cari Timba’, Bawa Ke Jinjang Pelamin

Mereka juga bersyukur kerana ditempatkan di fakulti yang sama iaitu Kewangan Islam.

Nurul Hasanah yang merupakan pelajar lulusan Diploma Tahfiz Al-Quran di Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Baharu, Selangor akan mengikuti bidang Kewangan dan Perbankan Islam sementara Ahmad Irfan yang juga berkelulusan diploma yang sama akan mengikuti pengajian Pentadbiran Muamalat.

Lebih mengujakan apabila Nurul Hasanah sedang mengandung anak pertama sembilan bulan.

“Memang secara kebetulan. Kami tidak menyangka akan dapat masuk UUM bersama,” katanya kepada Bernama.

Mengenai keadaan dirinya yang dijangka melahirkan anak pada Oktober ini, beliau berkata beliau akan menangguhkan pengajiannya selepas bersalin kelak.


Bagi Ahmad Irfan, beliau berkata selain menumpukan kepada pelajaran, mereka akan turut menumpukan perhatian kepada anak mereka yang bakal dilahirkan.

Mereka turut merasa lega kerana terdapat Taska di UUM yang mereka boleh tempatkan anak mereka.

“Kami sudah merancang dengan rapi. Cuma cabarannya agak lain bila kami sudah ada anak ketika melanjutkan pelajaran,” katanya.

Beliau juga sedang berusaha untuk mendapatkan kediaman bersama dengan isterinya.

Ketika ini Ahmad Irfan ditempatkan di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat manakala isterinya di DPP Muamalat. – BERNAMA

40 Pelajar SMKBBS Sertai Kayuhan ‪#‎SehatiSejiwa‬ Anjuran UUM

  • Lagi berita berkaitan:
  • UUM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori