KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji keberkesanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan sewaktu berlansungnya “Himpunan Rakyat Bersatu”.
Suhakam dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mengiktiraf perkembangan positif yang ditunjukkan pihak polis sewaktu mengendali dan mengurus perhimpunan itu yang diadakan di Padang Merbok, di sini semalam.
“Ini harus dipuji dan diiktiraf sebagai amalan yang terbaik dan harus kekal konsisten dalam mana-mana perhimpunan aman pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, suruhanjaya itu kesal dengan tindakan segelintir peserta yang merempuh sekatan polis dalam usaha mereka untuk memasuki beberapa kawasan larangan di sekitar Kuala Lumpur.
Suhakam berkata demonstrasi bantahan dan perhimpunan awam perlu bersifat aman agar dilindungi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan ia menegaskan bahawa perlindungan boleh dilucutkan sekiranya terdapat kelakuan yang bertentangan dengan perhimpunan aman. – BERNAMA
https://youtu.be/4SMj_eAj3n8