Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Enam Tahun Kerajaan DAP...

KUALA LUMPUR - "Saya menyokong tindakan Gerakan memfailkan saman fitnah terhadap Lim Guan...

Tindakan AS Tidak Bermoral...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang...

1MDB Nafi Tuduhan Enggan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata dakwaan bahawa syarikat...

Tiada Panggilan Kecemasan Daripada...

KUCHING - Polis mengesahkan helikopter Hornbills Skyways yang membawa beberapa kenamaan dan hilang...

Suspek Ditahan Adalah Pengebom Sebenar – Polis Thailand

BANGKOK – Polis Thailand hari ini menyatakan seorang warga asing yang ditahan susulan pengeboman di Bangkok bulan lalu adalah lelaki sama berbaju kuning yang dilihat dalam rakaman CCTV sedang meletakkan beg sebelum letupan di kuil itu.

Pihak berkuasa sebelum ini menyatakan adalah tidak mungkin dua orang yang ditahan susulan letupan bom pada 17 Ogos lalu yang mengorbankan 20 orang adalah pengebom berkenaan.

Hari ini, jurucakap polis kebangsaan, Prawut Thavornsiri, berkata siasatan mendapati suspek pertama yang ditahan dan dikenali sebagai Adem Karadag, adalah pengebom berkenaan.

“Sudah disahkan Adem adalah lelaki berbaju kuning berdasarkan rakaman CCTV, pernyataan saksi dan pengakuannya,” kata Prawut.

“Selepas meletakkan bom di kuil itu, dia memanggil teksi motosikal dan menukar baju di bilik air di Lumpini Park.” Peguam Karadag yang menyatakan nama sebenar anak guamnya ialah Bilal Mohammed – tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu.


Namun, awal minggu ini Chuchart Kanphai menolak khabar angin berhubung pengakuan itu dan menyatakan anak guamnya tidak berada di Thailand ketika serangan itu.

Chuchart sebelum ini berkata anak guamnya dilahirkan di ibu negeri Xinjiang, Urumqi, tetapi berhijrah ke Turki pada 2004 di mana beliau menerima kerakyatan dan bekerja sebagai pemandu trak.

Katanya, Karadag memasuki Thailand pada 21 Ogos, empat hari selepas serangan bom itu, dengan matlamat mencari pekerjaan di Malaysia. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori