ISU pelarian dari Syria yang mencari tempat perlindungan baharu untuk menjalani kehidupan kini mendapat perhatian masyarakat dunia.
Namun dalam keadaan darurat untuk menjalani kehidupan sendiri, seorang lelaki dari Syria ini ternyata memiliki hati yang penyayang kerana tidak lupa untuk menyelamatkan kucingnya juga.
Gambar lelaki yang tidak dikenali bersama kucing kesayangannya itu mula tersebar di laman sosial selepas ia menarik perhatian seorang wartawan di sana.
Kucing bertuah milik lelaki tersebut dipanggil Zaytouna yang bermaksud Zaitun dalam Bahasa Arab itu, selamat di sisi tuannya merentasi Lautan Mediterranean untuk ke destinasi yang dituju di Lesbos, Greece.
Lelaki itu memberitahu penyelamat serta pihak media yang berada di situ bahawa dia berasa sangat lega kerana dapat membawa kucing kesayangannya itu bersama-sama.
[GAMBAR KEGEMBIRAAN ANAK PELARIAN SYRIA JADI PERHATIAN]
Mulia betul hati lelaki ini, kehidupannya sendiri belum terjamin namun masih terfikir untuk menyelamatkan nyawa makhlukNya yang lain.
Walaupun hanya seekor kucing, namun tak mustahil kerananya perjalanan ke Eropah dipermudahkan dan dilindungi dari segala bala. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=siApRSIvsl4