Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Aman Palestin Ikhtiar Jalan...

PETALING JAYA : Pengurusan tertinggi Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sedang merencanakan pelan...

Kelantan Umum Guna Khidmat...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan separuh daripada skuad The...

TPM Umum Elaun Wataniah...

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan...

Tidak Timbul Isu Kedaulatan...

PUTRAJAYA – Tidak timbul isu kedaulatan terancam dalam keputusan sebuah universiti awam menerima...

Tak Dapat Terima Realiti, Gorilla Usung Bangkai Anak

MENYENTUH perasaan… beberapa keping gambar yang menunjukkan seekor gorilla sayu mengusung anaknya yang telah mati dua hari selepas dilahirkan telah mendapat perhatian umum.

Seekor gorilla betina yang tinggal di Zoo Frankfurt, Jerman, dilihat begitu kasih dan setia membawa bangkai si anaknya yang telah pun meninggal dunia, lapor media tempatan.

Gorilla itu telah melahirkan dua ekor anak pada 15 September lalu, namun kesihatan salah seekor daripada anaknya semakin meruncing dan mati pada pagi 17 September.

980x (1)

Kesihatan kedua-dua anak gorilla itu pada awalnya berada di tahap yang baik, tetapi selepas itu seekor daripadanya dilihat semakin lemah,” kata pengarah zoo itu, Manfred Niekisch.

Beliau juga memberitahu pihak zoo membenarkan gorilla itu untuk mengusung bangkai anaknya itu berbanding memaksanya untuk memberikannya kepada pihak berkuasa bagi dikebumikan kemudian.

980x (2)

“Kami memutuskan untuk membiarkan sahaja sifat semula jadi yang ada pada si ibu itu untuk ‘melakukan’ kerjanya,” kata Manfred.


Mereka juga bertindak untuk tidak mengambil anak gorilla itu kerana bimbang Dian akan bertindak lebih agresif dan mengasari anaknya yang lain pula.

Selain itu, gambar seorang lelaki yang menenangkan seekor gorilla gunung yang kematian ibunya turut mensensasikan laman internet baru-baru ini.

980x

Kepupusan gorilla gunung kini semakin pada paras membimbangkan kerana sikap manusia itu sendiri yang rakus terhadap ekologi bumi.

Punca utama kepupusan haiwan ini adalah disebabkan penebangan hutan yang melampau serta pemburuan secara haram yang menjadi-jadi.

Kesimpulannya, sikap manusia itu sendiri perlu diubah demi masa depan yang cerah. Haiwan liar juga merupakan kehidupan yang layak menikmati keindahan bumi ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=xquMxqk-1IE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori