Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DSV ‘Seru’ Datuk CT...

SELEPAS lagu I Am Me nyanyiannya menjadi tular, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida...

Esscom Patah Cubaan Pindah...

SANDAKAN - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mematahkan cubaan lima...

Konsert Rock Dihentikan Seketika...

SITUASI sebegini jarang-jarang sekali dapat disaksikan apabila pengunjung sebuah konsert rock, Rock in...

Tiga Anggota Polis Ditahan...

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah...

Tambang Promosi AirAsia Untuk Tahun 2016

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) menawarkan harga tambang istimewa bagi semua destinasi untuk penerbangan AirAsia dan AirAsia X ke 20 buah negara bagi penerbangan tahun 2016.

AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, tambang promosi itu boleh mula ditempah dari 28 September sehingga 4 Oktober 2015 bagi tempoh penerbangan dari 4 Januari hingga 30 Jun 2016.

“Terokai keindahan Malaysia menerusi destinasi seperti Pulau Pinang dan Alor Setar dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM39 sehala atau Kuching dan Kota Kinabalu bermula dari RM 109 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur.

“Orang ramai boleh juga terbang lebih jauh dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua bermula dari RM109 sehala, Goa, India dari hanya RM199 sehala, Changsa, China bermula dengan hanya RM209 sehala sementara destinasi terkenal Sapporo, Jepun hanya dari RM329 sehala,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh melayari laman airasia.com atau applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android serta laman mudah alih mobile.airasia.com bagi menempah tambang istimewa tersebut.


Sementara itu, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, terdapat sembilan hujung minggu yang panjang pada tahun hadapan dengan cuti awam sama ada jatuh pada hari Jumaat atau Isnin.

Justeru, katanya, promosi itu adalah peluang terbaik bagi semua pihak untuk merancang lebih awal dan meneroka lebih banyak destinasi-destinasi AirAsia bagi percutian hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori