PELAKON Hollywood, Tom Hardy ternyata bijak menepis soalan daripada pihak media yang boleh menimbulkan kontroversi ke atas dirinya.
Dalam sidang media mengenai filem terbarunya, Legend, Sabtu lalu, Tom, 38, telah membuatkan seorang wartawan dari laman web Daily Xtra terdiam kerana mempersoalkan seksualiti orientasi pelakon tersebut.
Mengaitkan karakter terbaharu yang dipegang oleh Tom dalam filem Legend, wartawan berkenaan cuba mengumpan pelakon itu dengan bertanyakan soalan mengenai kesamaran seksualiti dirinya.
Pelakon utama filem Mad Max: Fury Road itu bagaimanapun terus menyifatkan soalan yang diajukan kepadanya itu tidak munasabah serta tidak relevan sekaligus membuatkan wartawan dari web Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) itu duduk dan terdiam.
Sebelum ini Tom pernah membuat kenyataan dalam majalah Attitude pada tahun 2008 bahawa dia pernah mempunyai hubungan dengan lelaki namun menarik semula dakwaan itu kerana disalah anggap katanya.
Jadi ada logiknya juga soalan yang diajukan oleh wartawan itu sebenarnya, sebagai seorang wartawan yang dikhususkan untuk mengetengahkan isu LGBT, dia berhak untuk mendapatkan penjelasan daripada Tom.
Namun mungkin kerana tempat, waktu atau mood pelakon versatile itu tak kena maka isu berkenaan tidak sesuai dipersoalkan ketika itu. – MYNEWSHUB.CC
Tom Hardy buat wartawan terdiam dan terkedu kerana persoalkan seksualiti dirinya.
https://www.youtube.com/watch?v=95tpHrDklwE