Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mustapa Keluar UMNO Warnai...

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih...

Bah Terengganu Tambah Buruk,...

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir yang bertambah buruk di Terengganu hari ini menyebabkan...

Penyediaan Bajet 2017: PM...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk...

Nad Zainal Sah Bergelar...

PELAKON drama terkenal, Nad Zainal sah menjadi isteri Muhammad Faliq, 27,  setelah selamat...

Tatu Allah Di Paha: Pemuda UMNO Mahu Alvin Diekstradisi

PUTRAJAYA – Pemuda UMNO pada Jumaat menyerahkan memorandum menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepatkan usaha mengekstradisi Alvin Tan ke Malaysia bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas blogger kontroversi itu berhubung penghinaan kepada agama Islam.

Memorandum itu disampaikan Exco Pemuda UMNO, Mohd. Rafiq Naizamohideen yang juga Presiden Pemikir Muda Malaysia dan diterima oleh Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Rizmel Nazrin Abdul Malik.

Mohd. Rafiq berkata Alvin, yang dipercayai berada di Amerika Syarikat, dilihat semakin bebas dan biadap mempersendakan agama dan sensitiviti umat Islam selepas tiada tindakan dikenakan kepadanya walaupun puluhan laporan polis telah dibuat terhadapnya.

“Kita mahu kerajaan melalui KDN dapat mengambil sebarang langkah melalui saluran perundangan agar Alvin dapat diekstradisi segera untuk diadili oleh undang-undang negara atas tindakannya,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di ibu pejabat KDN di sini.

alvin1


Baca: Alvin Tan Hina Islam, Cacah Tatu Kalimah Allah Di Bahagian Paha

Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi seperti hina Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai gelaran, ajak umat Islam berbuka puasa dengan sup tulang babi atau Bak Kut Teh, Alvin sekali menggemparkan masyarakat Islam negara ini apabila memuat naik gambarnya dengan tatu tulisan Allah di bahagian bawah pahanya.

Mohd. Rafiq berkata sekiranya proses mengekstradisi Alvin tidak dapat dilakukan melalui proses perundangan, beliau yang mewakili UMNO, NGO dan seluruh masyarakat Islam di negara ini mahu kerajaan menggugurkan status kerakyatan blogger itu.

Memorandum yang sama akan turut diserahkan kepada pihak Kementerian Luar Negeri di sini bagi tindakan lebih lanjut, katanya. – BERNAMA/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori