Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Puteri Charlotte Inspirasi Gincu...

ANAK kedua kepada Kate Middleton dan Putera William, Puteri Charlotte yang baru sahaja...

Penunjuk Perasaan AS Bantah...

WASHINGTON - Kumpulan penunjuk perasaan melaungkan slogan 'no war on Iran' berkumpul di...

“Jumpa Baru Bayar” Adil...

KUALA LUMPUR – Perjanjian “no cure, no fee” atau “jumpa baru bayar” merupakan...

Reen Rahim Lebih Tenang...

SELEPAS dua minggu laporan polis dibuat berhubung dakwaan diugut seorang wanita untuk sebar...

Telefon Bimbit Leagoo CF1 Dilancarkan, Berharga RM99

LEAGOO merupakan salah satu jenama dari China yang semakin aktif memasarkan peranti mereka di Malaysia.

Mereka telah mengumumkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu sebuah telefon bimbit dengan fungsi-fungsi asas, dinamakan sebagai Leagoo C1.

Leagoo C1 ini hadir dalam empat pilihan warna, dan menyertakan skrin 2.4-inci LCD berwarna.

c1-6

c1-2

Seperti beberapa telefon bimbit lain, ia turut dilengkapi dengan keypad fizikal untuk input dengan mudah. Telefon bimbit ini menyokong dwi-SIM, dan turut menyokong mikro-SD.

Leagoo sendiri mengatakan ia tidak membawakan sebarang spesifikasi asas, dan lebih memfokuskan kepada pengguna yang inginkan sebuah peranti yang mudah digunakan.


Sokongan kamera asas 1.3-megapixel turut disertakan pada telefon bimbit ini.

Leagoo C1 ini membawakan bateri yang mampu bertahan sehingga 400 jam, dan menawarkan masa bercakap sehingga 8 jam. Peranti ini akan dijual di Malaysia bermula esok pada harga RM99.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Lowyatforum

https://www.youtube.com/watch?v=c1_0oWHY-Vc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori