SUSULAN insiden Imam II Masjid Negara, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim, yang ditampar ketika solat Jumaat sedang berlangsung petang 18 September, dia kini berada dalam keadaan yang baik pada Sabtu.
Ternyata pengalaman pahit tidak diduga itu bakal menjadi satu sejarah yang pastinya tidak akan dilupakan seumur hidup selama beliau bertugas sebagai seorang imam.
Menyifatkan tamparan tepat pada mukanya itu agak kuat kerana membuatkan beliau terasa ‘berdengung’ seketika, Mohd. Zuhairee, 39 tahun; sememangnya tidak jangka perkara sedemikian akan berlaku.
Beliau yang berasal dari Melaka malahan juga menyatakan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sepanjang dirinya berkhidmat sebagai imam di Masjid Negara sejak tahun 2005.
“Telinga saya berdengung berdesing jugalah apabila ditampar ketika itu. Ia sekali gus membuatkan solat yang saya mengimamkan itu langsung terbatal dan hilang fokus.
“Sebelum ini perkara-perkara biasa seperti budak kecil berlari di hadapannya atau mengganggu ketika solat jemaah sering berlaku, namun kali ini ternyata berbeza,” katanya ketika dihubungi MYNEWSHUB.
Walau bagaimanapun, imam yang berlulusan daripada Universiti Al-Azhar di Mesir itu menyatakan, beliau tetap perlu meneruskan tanggungjawabnya itu sejurus ditampar lelaki warganegara India berkenaan.
[CUMA ‘ORANG GILA’ YANG TAMPAR IMAM KETIKA SEDANG SOLAT!]
“Macam mana sekali pun saya tetap perlu teruskan tanggungjawab saya menjadi imam solat Jumaat dan solat hajat (susulan isu jerebu teruk) pada hari tersebut.
“Lelaki itu berjaya ditahan oleh pihak pengawal selepas itu. Memanglah tidak munasabah jika saya pula berhenti ketika itu dan terus bertumbuk dengan dia,” tambah beliau.
[VIDEO: DETIK IMAM MASJID NEGARA DITAMPAR]
Namun begitu, Mohd. Zuhairee juga berkata, beliau tidak trauma dengan kejadian berkenaan tetapi akan lebih berhati-hati dan bersedia selepas ini menghadapi segala kemungkinan buruk.
Itulah dugaan Allah yang diberikan kepada umatnya, sedangkan Nabi Muhammad SAW juga diduga ketika melakukan solat pada zaman baginda, apatah lagi kita sebagai manusia biasa ini.
Besarnya tanggungjawab imam yang mengimamkan beribu-ribu umat Islam ini, sememangnya sifat sabar dan keperibadian akhlak yang mulia untuk menjadi contoh amat dititikberatkan.
Memang salute dan respect dengan imam yang ditugaskan semalam ini, tenang aje dia boleh mengatasi masalah besar itu waima namanya tiba-tiba terkenal ke seluruh negara. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=FXSe-7eE-gc