MOSCOW – Seorang anggota Parlimen Rusia dilapor tersekat di dalam sebuah kereta kebal selama lima jam dan mengancam menembak mereka yang berdiri di sekitar kereta kebal itu jika dia tidak boleh melepaskan dirinya.
Kejadian berlaku apabila Setiausaha Parlimen, Igor Zotov yang berbadan gempal memasuki kereta kebal tersebut di Ekspo Senjata Russia di Nizhny Tagil.
Saksi memberitahu wartawan, Zotov terperangkap di dalam kereta kebal itu selama lima jam sehingga mengancam akan menembak mereka yang berada di sekeliling kenderaan itu jika dia tidak boleh keluar.
Zotov dalam kenyataannya mengesahkan dia berada di dalam BMP-3, model kenderaan tempur amfibia infantri Rusia, tetapi menolak laporan yang mendakwa dia tidak boleh keluar.
Baca: Baru Belajar Memandu, Kereta Digilis Kereta Kebal
Juga: Cari Kereta Curi.. Tapi Terjumpa Kereta Kebal
“Berita itu mengarut. Memang saya masuk ke dalam kereta kebal itu, duduk di tempat pemandunya dan kemudian saya keluar semula.
“Memang badan saya gempal dan tinggi, tetapi saya tidak terperangkap di dalam kereta kebal itu,†jelasnya kepada agensi perkhidmatan berita Russia.
Bagaimanapun, penyelaras ekspo Alexander Pisarevsky berkata; “Zotov, kerana badannya yang besar, sukar untuk keluar dari kereta kebal itu. Dia berada di dalamnya selama lima jam.â€Â
Stesen televisyen Rusia juga ada melaporkan; “Timbalan Speaker Parlimen yang gemuk terperangkap dalam sebuah kereta kebal.â€Â
Zotov akhirnya dilaporkan keluar dari kenderaan tentera itu dengan bantuan anggota Kementerian Keadaan Darurat Rusia dan pasukan keselamatan ekspo. – Agensi