Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PRU-14: Mahathir, Mukhriz Bakal...

BONGKAR... Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz...

22,000 Alumni Raikan Sambutan...

SHAH ALAM – Lebih 22,000 alumni Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Universiti Teknologi Mara...

Anggota Polis Maut Kemalangan

KUALA LANGAT - Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam...

Anwar Saman Dua Individu...

SHAH ALAM - Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu,...

Tiada Jemaah Malaysia Terlibat Dalam Insiden Rempuhan

KUBANG PASU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam tragedi rempuhan ketika melontar jamrah di Mina, pada Khamis.

Beliau berkata jemaah haji Malaysia berada pada kedudukan tiga km dari tempat kejadian dan hanya jemaah dari negara-negara Arab sahaja yang terlibat dalam kejadian itu.

“Laluan tersebut bukan laluan jemaah haji negara ini dan setakat pagi tadi (waktu Malaysia) Tabung Haji (TH) memaklumkan tiada jemaah kita terlibat dalam insiden itu,” katanya.

Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita ketika melawat keluarga Allahyarham Shahidan Saad di Kampung Kodiang Lama Luar, Kodiang dekat sini pada Jumaat.

Katanya, insiden itu dipercayai berlaku selepas jemaah haji dari negara-negara Arab keluar dalam jumlah yang besar mengakibatkan mereka berhimpit dalam keadaan cuaca panas sehingga menyebabkan kesesakan nafas dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam insiden itu, lebih daripada 700 jemaah haji meninggal dunia manakala kira-kira 863 jemaah lain cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi di Jalan 204 di Mina.

Sementara itu, Jamil Khir berkata pihak TH telah menguruskan haji badal untuk tujuh jemaah haji yang meninggal dunia akibat kren tumbang di Makkah 11 September lepas.


Beliau berkata jemaah haji yang cedera akibat insiden itu juga telah keluar dari hospital dan turut sama menyertai rombongan jemaah lain molantar jamrah di Mina.

Katanya, pihak TH telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada jemaah yang cedera teruk seperti menyediakan ambulans bagi membolehkan mereka melaksanakan ibadah berkenaan.

“Bagi jemaah yang cedera dan mahu pulang awal ke negara ini mereka akan diberi keutamaan,” kata Jamil Khir.

Sementara itu beliau berkata pihaknya telah menyampaikan wang ihsan daripada TH sebanyak RM20,000 dan sumbangan takaful sebanyak RM20,000 kepada keluarga Allahyarham Shahidan Saad.

Beliau merupakan salah seorang daripada tujuh jemaah haji Malaysia yang maut akibat kejadian kren tumbang di Masjidil Haram baru-baru ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori