Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video Puting Beliung Di...

BELUM lagi 'kebah' dengan kisah puting beliung setinggi bangunan empat tingkat yang melanda...

FDI Merosot 68% Ekonomi...

1. Kelemahan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir negara yang sepatutnya sudah memasuki fasa...

Orang Utan Ditembak 17...

DUA lelaki Indonesia telah ditahan selepas melepaskan 17 das tembakan ke atas seekor...

Harga Telur Turun Cetus...

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi...

Tiada Kes Manusia Positif Rabies Di Malaysia

BUTTERWORTH – Malaysia tidak mempunyai kes manusia yang positif jangkitan Penyakit Anjing Gila atau Rabies sebaliknya hanya kes anjing yang diuji positif rabies.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kebanyakan persepsi umum telah silap kerana setakat ini Malaysia belum mencatatkan kes manusia yang positif rabies.

Beliau berkata sejak 14 Sept sehingga hari ini, Pulau Pinang mencatat 92 kes gigitan anjing dan tiga daripada anjing itu berjaya ditangkap dan positif rabies selepas diuji.

“Tiada kes manusia yang positif rabies di seluruh negera dan setakat hari ini, 13 kes dilaporkan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di mana anjing yang diuji positif rabies,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Tahunan ke-17 sempena sambutan jubli Perak Persatuan Perubatan Islam Malaysia ke-25 di sini hari ini.

vaksin-rabies-131004b

Beliau berkata Malaysia mempunyai vaksin dan serum immunoglobulin yang mencukupi untuk manusia.

Menurut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dikeluarkan semalam, sejak 16 Sept, 883 ekor anjing liar ditangkap atau dihapuskan di Pulau Pinang dan 12 ekor anjing dikuarantin, manakala 443 ekor anjing diberi suntikan.


n6
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak tuduhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa kerajaan bertindak kejam terhadap anjing-anjing liar ketika menjalankan aktiviti penghapusan anjing liar.

Lim menjelaskan bahawa pegawai kerajaan yang menjalankan aktiviti penghapusan anjing itu tidak menggunakan peluru atau senapang tetapi hanya menggunakan suntikan ubat.

“Kerajaan negeri lebih mementingkan nyawa manusia dan aktiviti penghapusan anjing liar dibuat dengan berperikemanusiaan, bukan seperti mana yang dituduh sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah melakukan pelbagai kempen untuk meningkatkan kesedaran umum berhubung jangkitan rabies bagi mengawal penularan penyakit itu ke negeri lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori