Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Selangor Perkenal Jersi Ketiga...

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini memperkenalkan jersi ketiga...

Tokong Then Sze Berusia...

SEREMBAN – Sebuah tokong berusia 154 tahun dan merupakan antara tokong tertua di...

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah...

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral...

Pembinaan KXP Akan Semarakkan...

ALOR SETAR - Cadangan pembinaan projek ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau lebih...

Tiada Penerbangan Malaysia Airlines Terjejas Akibat Jerebu

PUTRAJAYA – Tiada penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang bertolak dari atau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terjejas akibat jerebu, kata syarikat penerbangan nasional itu.

Namun, penerbangan MH2591 dari Miri ke Kuala Lumpur diarahkan ke Pulau Pinang tengah hari tadi berikutan jarak ketampakan rendah akibat jerebu.

“Selain MH2591, semua penerbangan Malaysia Airlines yang tiba atau berlepas dari KLIA tidak terjejas dengan jerebu,” kata MAS dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), mengesahkan penerbangan MH2591 selamat tiba di KLIA pada pukul 4.12 petang tadi.

Sehingga pukul 3 petang, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar KLIA seperti Putrajaya berada dalam kategori sederhana dengan bacaan 99.


Tinjaun Bernama di Klia2 mendapati ia turut diselubungi jerebu dengan jarak ketampakan sekitar dua kilometer.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori