Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Pingat Bagi Skuad...

INCHEON - Skuad terjun negara hari ini mempamerkan aksi hambar apabila tiada sebarang...

AMK Tunggu Jawapan KJ...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa belum menerima sebarang respons daripada...

Murid Tahun 6 Mangsa...

KUALA TERENGGANU - Seorang murid perempuan tahun enam di Kuala Terengganu maut akibat...

Syria Optimis Mahu Bangkit...

MELAKA - Walaupun sekadar mencatat keputusan seri, namun Syria optimis mampu bangkit pada...

Tindakan Jika Pembekal Sengaja Naik Harga Barang – Ahmad Bashah

SUNGAI PETANI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan terhadap pembekal dari ladang yang sengaja menaikkan harga barang menjelang perayaan Aidiladha.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun Skim Kawalan Harga tidak dilaksanakan sempena perayaan itu, namun KPDNKK akan tetap melakukan pemantauan.

“Kalau kita dapati ada kenaikan tidak munasabah, kita akan bagi notis supaya peniaga beri penjelasan kepada kementerian, agar orang ramai dapat menyambut perayaan dengan harga barangan yang munasabah.

“Daripada tinjauan yang dijalankan, kita dimaklumkan peniaga bahawa terdapat pembekal dari ladang menaikkan harga menyebabkan peniaga tiada pilihan (melainkan menaikkan harga),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memantau bekalan dan harga sempena Aidiladha, di Pasar Awam Taman Ria Jaya dan Amanjaya Mall.

Ahmad Bashah juga berkata pengusaha ladang juga dinasihat agar tidak menggunakan alasan ‘perlu mengimport bekalan’ untuk menaikkan harga sehingga pada tahap tidak munasabah.


Beliau berkata sempena sambutan itu, KPDNKK sudah mengarahkan pihak penguat kuasa untuk berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar hari, pasar besar dan pasar tani.

“Tinjauan yang dilakukan di Alor Setar semalam dan di Sungai Petani hari ini mendapati harga yang ditetapkan agak berpatutan,” katanya.

Beliau tidak menafikan berlaku kenaikan harga terhadap lembu hidup yang diimport.

“Memang terkesan sebab kita import lembu hidup (untik ibadah korban), kenaikan itu memang dirasa, tetapi jualan bagi lembu tempatan, kenaikannya tidak ketara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori