Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: BN Selangor Tidak...

KUALA SELANGOR : Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar atau tergugat menghadapi calon...

Boleh Makan Di Kedai,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan dinaiki, mulai esok.Selain...

Rokok, Vape: KKM `Tegur’...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku...

Anak Paus 4 Meter...

LAHAD DATU - Seekor anak paus sepanjang kira-kira empat meter dengan anggaran berat...

Lebih 4 Juta Rakyat Malaysia Merokok Setiap Hari

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata tinjauan pada 2011 oleh Global Perokok Dewasa Malaysia (GATS) mendapati kira-kira 4.3 juta atau 20.9 peratus penduduk Malaysia mengamalkan tabiat merokok setiap hari.

Beliau berkata tinjauan itu menunjukkan bahawa bilangan perokok tersebut terdiri daripada 39.9 peratus lelaki dewasa dan 0.7 peratus wanita dewasa.

“Antara 10 dan 15 peratus atau lebih 100,000 kematian setiap tahun di negara ini disebabkan penyakit berkaitan dengan tabiat merokok.

“Pengguna tembakau bertanggungjawab menyumbang kepada apa yang sebaliknya boleh dicegah,” kata Jainab ketika menutup Seminar Mengenai Bahaya Merokok di sini, hari ini.

Seminar itu dianjurkan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah dan dihadiri kira-kira 200 pelajar sekolah menengah, guru-guru, penjawat awam dan persatuan ibu bapa.


Jainab berkata asap rokok boleh menyebabkan kematian kepada lebih lapan juta manusia setiap tahun pada 2030.

Beliau turut memberi amaran bahawa merokok dalam kalangan remaja adalah satu trend yang membimbangkan dan jika tidak dikawal boleh menjadi semakin buruk pada masa hadapan.

“Dalam banyak kes penagihan dadah, bermula dari merokok. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kadar kelaziman merokok dalam kalangan lelaki Malaysia berumur lebih 15 tahun pada 2008 adalah 43 peratus dan tiga peratus bagi wanita,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori