Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MPKK Larang Jual Minuman...

Kuala Kangsar : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman...

Yahya Cadang Cukai Majlis...

PUTATAN - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mencadangkan cukai kadaran...

Honda Malaysia Lancar Pusat...

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia membuka Pusat 3S baharu di Bandar Botanic Klang,...

Ibu Didakwa Tekup Anak...

Sepang : Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini...

TMJ Tawar Dana Kepada FAM Ambil Jurulatih Luar

KUALA LUMPUR – “Tolong sampaikan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan membantu mendapatkan bajet untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar untuk membimbing pasukan kebangsaan”.

Itu titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan kekalahan mengaibkan skuad Harimau Malaya di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, Khamis.

Baginda bagaimanapun menetapkan syarat semua pasukan yang bertanding dalam negara menerima hak penyiaran sebanyak 70 hingga 80 peratus.

“Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail turut menggesa FAM memecat Jurulatih Kebangsaan, Dollah Salleh secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang mampu sebelum imej bola sepak tanah air semakin hancur.

Selain itu, baginda menyarankan mana-mana Ahli Jawatankuasa dalam FAM yang telah lama tetapi tidak berfungsi supaya bercuti panjang.


“Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air.

“Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0,” titah baginda.

Media hari ini melaporkan Malaysia nyata bukan tandingan pasukan ranking ke-70 dunia UAE selepas mengalami kekalahan besar 10-0 pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri 1-1 menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori