Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Teksi Maut Ditimpa...

LONDON - Seorang lelaki yang memandu teksi jenis Proton Waja maut selepas kereta...

Jadikan Manjung Pengeluar Kubis...

SITIAWAN - Jabatan Pertanian Perak berhasrat menjadikan daerah Manjung sebagai lokasi pengeluaran kubis...

AirAsia Selar Caj PSC...

AirAsia Malaysia berkata pihaknya berpegang tegas dengan pendirian bahawa keputusan mengenakan caj khidmat...

Empangan Di Laos Runtuh

VIENTIANE, Laos – Beratus-ratus orang hilang dan sebilangan lagi dipercayai terbunuh apabila sebahagian...

TPM Kemuka Saranan Galak Pemilikan Motosikal Berkuasa Tinggi

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengemukakan beberapa saranan untuk menggalakkan minat memiliki motosikal berkuasa tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk mempertimbangkan penurunan cukai import dan cukai jualan.

“Bermotosikal besar bukan untuk berseronok semata-mata tetapi mereka juga terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti membantu rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua,” katanya ketika berucap pada acara kemuncak konvoi ASEAN Rides Festival 2015 di perkarangan Istana Kehakiman di sini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) berkata beliau akan membawa suara persatuan motosikal berkuasa tinggi kepada kerajaan untuk menurunkan cukai import dan cukai jualan motosikal berkuasa jenis itu dalam belanjawan akan datang.

“Bikers juga perlukan perhatian kerajaan…dan saya mewakili semua persatuan bermotosikal berkuasa besar berharap dalam pembentangan belanjawan pada Oktober ini dapat menurunkan cukai-cukai itu walaupun sedikit,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar institusi perbankan mempermudahkan urusan pinjaman bagi pembelian motosikal berkuasa tinggi, manakala syarikat penjual jentera berkenaan pula melihat kepada aspek untuk berusaha meningkatkan jumlah jualan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata festival yang menghimpunkan lebih 10,000 penunggang itu mampu menterjermahkan menifestasi keharmonian yang terjalin dalam kalangan para peserta.


“Walaupun datang dari lokasi dan persatuan berbeza, mereka berjaya ketepikan kedudukan dan status sosial masing-masing atas semangat ‘once a biker always a biker’,” katanya.

Festival anjuran Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) itu turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Presiden Gabungan Superbike Malaysia Datuk Abdul Halim Suleiman.

Ahmad Zahid turut menyerahkan sijil Malaysia Book of Records kepada Abdul Halim selaku Presiden SAM atas penganjuran ASEAN Rides Festival 2015 yang turut disertai peserta luar antaranya Singapura, Indonesia dan Brunei, menghimpunkan sebanyak 11,099 penunggang dan motosikal berkuasa tinggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori