Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mulakan Perniagaan Dalam Talian...

KUALA LUMPUR - Sebut sahaja Mudah.my, Lazada, Shopee, 11Street, Zalora, FashionValet dan Alibaba,...

Michael Kors Beli Jenama...

LONDON - Jenama pereka fesyen terkemuka dunia, Michael Kors bersetuju untuk mengambil alih...

GAMBAR: Wajah Terbaharu Lisa...

JIKA diperhatikan jarang-jarang sekali pelakon cantik Lisa Surihani menunjukkan baby bumpƃā€šĆ‚Ā di mana-mana ƃā€šĆ‚Ā sama...

Melayu Terjerat Conteng Arang...

MELAKA ā€“ Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri,...

TPM Rasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini merasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015 di Tebingan Kuching di sini.

Beliau turut melepaskan peserta perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak yang diperkenalkan sejak era pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 bagi memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum di negeri ini ketika itu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Selain perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak, festival kali ini turut mempertandingkan acara perahu naga melibatkan penyertaan 25 pasukan antaranya dari Hong Kong, Indonesia, Jepun, Filipina, dan Taiwan serta pasukan tempatan dari Sabah, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.


Festival dua minggu bermula 18 Sept hingga esok turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pesta makanan Malaysia dan pameran kraftangan selain program hiburan tradisional.

Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan dua hari ke negeri ini, turut akan menghadiri dua sesi bertemu rakyat di Rumah Panjang Methew Manai Tan di Kampung Kerangas Baru, Melikin, di Kilometer 94 Jalan Kuching/Sri Aman dan Kampung Terbat Leban di Serian, dekat sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori