Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

5 Planet Dan ISS...

SINGAPURA - Berita baik penggemar fenomena bintang-bintang yang berkerdipan di angkasa. Minggu ini,...

“I Tak Pakai Baju...

SEJAK zaman moden ini, rasanya kes rogol kian menjadi-jadi. Bapa rogol anaklah, abang...

Plaza Tol Ebor Tutup,...

SUBANG JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengesahkan seorang kakitangannya di...

Cuepacs: Kartel Swasta Monopoli...

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa jabatan-jabatan kerajaan dikuasai kartel di peringkat dalaman bagi...

Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 pagi ini.

Rujukan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kawasan Nilai mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 134 diikuti Bukit Rambai (127), Port Dickson (118) dan Seremban (114).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (111), Batu Muda (Kuala Lumpur) (108) dan Banting (106).

Beberapa kawasan lain seperti Tanah Merah, Tanjung Malim, Kangar, Keningau, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kapit, Limbang, Miri, Kuala Terengganu dan Labuan mencatat bacaan IPU baik.


Lokasi cerapan data kualiti udara yang lain merekodkan bacaan sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori