Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pengamal Media Sertai Sambutan...

KUALA LUMPUR - Kira-kira seribu pengamal media dari seluruh tanah air serta beberapa...

Hotel Tawar Katil Berkonsepkan...

LONDON - Sebuah hotel butik di sini menawarkan bilik tidur berkonsepkan rahim ibu...

Jeff Bezos Kekal Manusia...

NEW YORK - Pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos kekal manusia terkaya di...

Suami Isteri Maut Beca...

TELUK INTAN - Sepasang suami isteri maut apabila beca yang dinaiki mereka dilanggar...

Tun Mahathir Tak Setuju Diadakan Demo ‘Baju Merah’

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah tidak perlu diadakan demo ‘Baju Merah’ pada 16 September ini, yang mana bertujuan untuk ‘membalas’ balik perhimpunan haram Bersih yang diadakan baru-baru ini.

Menurut beliau, Malaysia tidak perlu mengikut demonstrasi yang berlaku seperti di Bangkok, Thailand.

“Saya tak rasa demo ‘Baju Merah’ ini perlu dilakukan. Baju kuning berlawan dengan baju merah, seperti mana yang berlaku di Bangkok.

“Ini adalah isu negara kita sendiri, jadi kita selesaikan mengikut cara kita,” katanya memetik Berita Daily.


Dalam himpunan Bersih, Mahathir menghadirkan diri bersama isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Demo ‘Baju Merah’ dijadualkan bakal berlangsung pada Hari Malaysia (16 September) di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Polis larang demo ‘baju merah’ 16 September.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori